Dua budak dakwa berjaya lompat dari kereta lepas diculik warga Pakistan, namun polis siasat tiada unsur paksaan dan penculikan berlaku

Dua sahabat cilik mendakwa nekad lompat keluar dari kereta bagi mengelak diculik oleh dua lelaki warga asing Sabtu lalu.

Dua budak dakwa berjaya lompat dari kereta lepas diculik warga Pakistan, namun polis siasat tiada unsur paksaan dan penculikan berlaku

Dua budak dakwa berjaya lompat dari kereta lepas diculik warga Pakistan, namun polis siasat tiada unsur paksaan dan penculikan berlaku

 

Mangsa yang dikenali Syakir, 8, dan Alif, 11, berjaya melepaskan diri dalam insiden di Kampung Cermin Gual Ipoh, jam 5 petang, lapor Sinar Harian.

Mereka didatangi lelaki itu, disyaki warga Pakistan, sewaktu bermain bola bersama dua lagi rakan di satu kawasan lapang di kampung itu di sini.

Namun Alif mendakwa dia bertindak masuk ke dalam kereta Proton Saga putih kerana mahu menarik rakannya, yang telah memasuki kenderaan itu, keluar.

“Ketika kami dalam kereta, lelaki yang duduk di belakang baru pakai topeng dan beri amaran suruh kami diam,” kata Alif yang ditemui akhbar itu.

Alif, yang luka kecil di lutut, berkata mereka menuruti amaran itu kerana takut, sementara Syakir mengadu matanya pedih kerana terkan limau nipis. 

“Bila lelaki bertopeng sedang kerat tali, saya terus buka kunci pintu, tarik Syakir keluar dan terus lompat keluar kereta kerana kereta perlahan sebab jalan selekoh dan berbukit,” dakwanya.

Mereka kemudian melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah berdekatan sebelum dua lelaki terbabit beredar gagal menjejaki budak itu.

Bapa kepada Syakir membuat laporan polis di balai polis Gual Ipoh pada Isnin, selepas dimaklumkan insiden itu sehari selepas kejadian.

Dikenali sebagai Sakri, beliau berkata insiden ini kali kedua berlaku kepada Syakir. Kejadian pertama berlaku kira-kira dua minggu sebelum itu.

Namun ketua polis daerah Tanah Merah berkata hasil siasatan mendapati tiada unsur paksaan dan penculikan dalam kejadian terbabit.

Supt Suzaimi Mohamad berkata keterangan mangsa yang tidak konsisten dan tiada pula kecederaan kerana dipercayai kereta itu menurunkan mangsa.

Sumber: Malay Mail



Sumber Dua budak dakwa berjaya lompat dari kereta lepas diculik warga Pakistan, namun polis siasat tiada unsur paksaan dan penculikan berlaku

Post a Comment

Previous Post Next Post