Elfira Loy umum bakal bertunang dengan Sufian Suhaimi Oktober ini

Pelakon Elfira Loy bakal melangsungkan pertunangan dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada Oktober depan.

Bagaimanapun kata Elfira, 23, keluarganya masih belum menetapkan tarikh sesuai untuk mengadakan majlis tersebut namun memberitahu majlis itu akan diadakan di kediamannya yang terletak di Cheras.

“Insya-Allah saya dan Sufian akan melangsungkan pertunangan pada Oktober ini.

“Bagaimanapun tarikh untuk mengadakan majlis itu masih belum ditetapkan kerana keluarga kami berdua belum berkesempatan bertemu dan berbincang.

 

“Tetapi yang pasti majlis itu akan diadakan di rumah saya di Cheras,” katanya kepada mStar Online.

Elfira ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk, Maydan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Elfira berkata, mereka berkemungkinan akan disatukan sebagai suami-isteri pada tahun hadapan.

Pada Jun lalu, Sufian menghantar rombongan merisik Elfira selepas empat bulan berkawan rapat dan mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Sumber: MStar



Sumber Elfira Loy umum bakal bertunang dengan Sufian Suhaimi Oktober ini

Post a Comment

Previous Post Next Post