Seorang lelaki di Jakarta Selatan tidak menyangka akan menjadi saksi kepada kejadian aneh apabila hanya rumahnya sahaja yang di timpa hujan pada Sabtu lalu.
Mulyono Prabowo, Ketua Pusat Informasi Meteorologi Publik Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG) berkata bahawa fenomena alam ini adalah fenomena yang jarang-jarang berlaku.
Menurutnya, keganjilan fenomena tersebut berlaku apabila hujan yang turun kira-kira 6 jam itu hanya menimpa sebuah rumah berukuran 5 x 5 meter sahaja di Jalan Tebet Barat Dalam 1, Jakarta Selatan.
Satu rakaman video telah tular di negara jiran tersebut apabila perakam video terbabit mendakwa bahawa ketika kejadian itu berlaku kawasan cuaca dalam keadaan kering dan panas manakala rumah di sekeliling langsung tidak menerima hujan.
Mulyono berkata, fenomena hujan di Tebet itu sangat sukar terjadi kerana faktor ketinggian awan pada musim kemarau dan berdasarkan kajian pihaknya mendapati awan berada pada ketinggian sekitar 700 meter hingga 1 kilometer ketika kejadian itu berlaku.
Orang ramai yang berada berdekatan dengan kawasan fenomena tersebut berlaku tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kejadian tersebut berlaku malah ada yang turut menadah bekas untuk menyimpan air “hujan eksklusif” itu.
Kata Muzakir, pemilik rumah tersebut ketika kejadian pada pukul 6.30 petang itu dia bersama jirannya sedang bermain catur. Mereka pada mulanya menyangka bahawa hujan turun di seluruh kawasan itu.
Namun, mereka terkejut apabila dikunjungi kanak-kanak yang mahu bermain hujan dan menjerit bahawa hujan hanya berlaku di rumahnya sahaja.
Dia kemudian melihat di kawasan sekeliling mendapati bahawa hanya rumahnya sahaja yang ditimpa hujan dan fenomena itu kekal berlanjutan hingga ke tengah malam.
Muzakir bagaimanapun enggan membuat tafsiran sendiri berkaitan fenomena tersebut dan membenarkan semua penduduk di situ datang melihat dan merakam peristiwa aneh tersebut.
Sumber Video rumah lelaki ini alami hujan lebat walhal rumah di sekeliling langsung tak hujan