Hentikan tabiat suka letak kaki atas dashboard, baca artikel ini dan anda akan tahu apa akibatnya jika teruskan tabiat ini….

Hentikan tabiat suka letak kaki atas dashboard, baca artikel ini dan anda akan tahu apa akibatnya jika teruskan tabiat ini....

Hentikan tabiat suka letak kaki atas dashboard, baca artikel ini dan anda akan tahu apa akibatnya jika teruskan tabiat ini….

Setiap dari kita mesti ada tabiat yang tersendiri bila mana menaiki kereta, ada yang suka mendengar lagu kuat-kuat sambil berkaraoke, ada yang tak suka buka penghawa dingin, atau mungkin ada yang akan mudah tertidur bila dah masuk kereta.

Perkara sebegitu adalah normal, kerana ia membuatkan kita berasa lebih selesa bila ada dalam kereta, dan lebih yakin untuk memandu atau duduk dalam kereta.

Tapi, mungkin ada di antara kita yang pernah dan selalu meletakkan kaki ke atas papan pemuka (dashboard) kereta, untuk rehatkan kaki atau rileks seketika.

Sebenarnya, tindakan letakkan kaki atas ‘dashboard’ bukanlah satu tabiat yang elok, bahkan boleh mendatangkan kecederaan yang serius sekiranya berlaku kemalangan.

Agak pelik juga, bila kita berebut-rebut nak duduk di depan, tapi letakkan kaki ke atas papan pemuka, sebabnya kita duduk di depan untuk dapatkan ruang kaki yang lebih luas dan selesa.

Bila bercakap soal kemalangan pula, tak ada siapa yang ingin berada dalam situasi tersebut, tapi, sebolehnya kita tak nak berada dalam posisi ini juga, bila berlaku kemalangan, iaitu, letakkan kaki ke atas papan pemuka.

Secara asasnya, bila berfikir tentang perkara ini pun dah rasa tak senang.

Salah satu kejadian yang teruk berlaku kepada Audra Tatum, yang mana dia suka letakkan kaki ke atas papan pemuka bila mana suaminya memandu.

Walaupun telah diingatkan oleh suami berulang kali, yang mana jangan berbuat demikian, untuk keselamatnnya kalau kemalangan.

Tapi, Tatum beritahu suaminya yang dia akan ada masa yang cukup untuk turunkan kaki kalau kemalangan, namun, Tatum harus hadapi realiti yang mana sangat sukar baginya.

Gambar hiasan, eksiden ‘t-boned’

Kejadian berlaku pada 2 Ogos 2015, yang mana kereta yang dinaiki mereka dilanggar pada bahagian sisi kereta mereka.

Apa yang berlaku kepadanya adalah, beg udara yang menggelembung telah menolak kakinya dan mengenai muka, menyebabkan hidungnya patah, serta kaki kanannya mengalami kepatahan.
Tambahnyanya, dia bukanlah Superman yang boleh bertindak pantas, kerana tidak sempat letakkan kaki ke bawah.

Bukan itu saja, pergelangan kaki, femur dan bahunya juga patah, kerana malangnya, dia tidak boleh bertindak lebih pantas dari beg udara.

Jabatan Bomba Chattanoga menyatakan, beg udara boleh menggelembung di antara 100 dan 200 batu sejam, dan ia boleh ‘membuatkan lutut menembusi soket mata’.

Walaupun Tatum tak alami perkara itu, tapi menderita akan kecederaan yang dialami dua tahun kemudian.

Tatum tidak boleh bekerja dalam perkhidmatan perubatan kecemasan kerana tidak dapat mengangkat pesakit dan tidak boleh berdiri lama, lebih dari empat jam pada satu masa.

Menurut Tatum, anda tidak akan mahu hidup sebegini, yang mana merasai kesakitan setiap hari.

Buat anda semua, perlu diingat, jangan sama sekali letakkan kaki pada papan pemuka kereta, khususnya buat penumpang, kalau tidak anda mungkin berdepan dengan kesan yang sangat menyakitkan. 

Sumber: Tip Hero
Via: SK


Sumber Hentikan tabiat suka letak kaki atas dashboard, baca artikel ini dan anda akan tahu apa akibatnya jika teruskan tabiat ini….

Post a Comment

Previous Post Next Post