MUNGKIN sekarang ramai rancang untuk cuti bersama keluarga kan? Maklumlah, cuti sekolah dah nak dekat jadi anda pasti sudah ada beberapa lokasi menarik boleh dikunjungi dengan keluarga.
Ada yang masih ingat dengan Lando Zawawi atau nama sebenarnya, Azlan Sani Zawawi? Pelakon yang pernah terkenal menerusi filem Hancur, ada juga mengenali sebagai pelawak.
Tapi sekarang Lando agak kurang muncul di kaca televisyen.
Dikhabarkan sekarang Lando sedang bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti sukarelawan penurap jalan yang rosak di sekitar kota raya.
Anda boleh mengikuti aktiviti yang dilakukan oleh Lando bersama persatuannya, ‘Brotherhood’ menerusi akaun Facebooknya.
Sekarang ni kita nak cerita tentang kejadian lucu yang terjadi ketika Lando dan isterinya bercuti di Krabi, Thailand baru-baru ini. Dia ada memuat naik satu video yang mana dia di ‘paw’ oleh beberapa golongan maknyah disana!
Muka ganas macam tu jangan ingat maknyah tak kacau tau. Agak lucu sebenarnya lihat Lando agak sangat tak selesa bila tubuhnya diraba ‘wanita’ itu. Bila ‘wanita’ tu semua bukak je mulut, terkejut dengar suara jantan yang keluar!
Sebenarnya tujuan dia memuat naik video tersebut ialah untuk memberi peringatan supaya berhati-hati ketika bercuti di negara jiran tersebut.
Golongan maknyah dekat sana sedikit ganas sebab diorang pakai tarik je orang konon ajak bergambar. Akhirnya bila dah habis bergambar, mereka akan meminta duit sebagai bayaran.
‘(BERHATI-HATI SCAM DI THAILAND) Elok jer wat bideo kenangan, Wa dengan bini wa kena paw kat Aonang. Supaya bro semua hati hati dengan jenis scam kat Thailand nih. Nasib wa x bawak wallet. Bab*’ tulis Lando di kapsyen video tersebut.
Jadi, hati-hati lah kalau ke sana ya. Jangan terlampau excited sangat tengok maknyah yang cantik, sampai jadi mangsa scam diorang pula.
Sumber: MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Sumber Video kelakar seram: Lando Zawawi kena paw dengan maknyah-maknyah di Thailand