“Hukuman maksimum pun tak cukup untuk bapa itu” – Menteri komen kes bapa rogol dan liwat anak 600 kali

Kes lelaki yang didakwa merogol, meliwat dan menganiaya anaknya secara seksual lebih 600 kali ternyata meruntun emosi pelbagai pihak.

 

"Hukuman maksimum pun tak cukup untuk bapa itu" - Menteri komen kes bapa rogol dan liwat anak 600 kali

“Hukuman maksimum pun tak cukup untuk bapa itu” – Menteri komen kes bapa rogol dan liwat anak 600 kali

 

 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sekali pun hukuman maksimum dikenakan terhadapnya jika disabitkan bersalah, ia tetap tidak setimpal dengan apa yang dilakukan.

Bagaimanapun, menurut Rohani, mahkamah serta hakim yang adil lebih mengetahui berkaitan hal ehwal hukuman.

“Hukuman maksimum 30 tahun. Dan kalau hukuman maksimum, kalau ikut sebatan ialah dalam, 10, 20 (sebatan).

“Hakim yang sangat adil akan bagi (hukuman) semaksimum, tapi saya rasa itu pun tak setimpal dengan apa yang dia dah buat.

“Entahlah itu sahajalah. Saya tak boleh nak komen banyak,” kata Rohani kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang sempena ulang tahun Majalah Wanita ke-48 di ibu negara hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan berhubung kes seorang bapa meliwat anak perempuan kandungnya yang berusia 15 tahun.

Sumber: Malaysiakini

 



Sumber “Hukuman maksimum pun tak cukup untuk bapa itu” – Menteri komen kes bapa rogol dan liwat anak 600 kali

Post a Comment

Previous Post Next Post