Ini Kata-Kata "Bongkak" Kapten Pasukan Bola Sepak Thailand

Ini Kata-Kata Bongkak Kapten Pasukan Bola Sepak Thailand



Ketua pasukan Thailand, Chenrop Samphaodi mengatakan ‘poketnya’ penuh dengan rahsia cara merobek kubu skuad bola sepak Malaysia di final Sukan Sea.

Jika dilihat rekod tiga pertemuan terkini kedua-dua pasukan, ini, Chenrop sering berjaya membolosi gawang Malaysia tanpa mampu dihalang Adib Zainudin mahupun Irfan Zakaria.

Dalam tiga aksi itu, Malaysia tewas dalam semua pertemuan iaitu :
~ 1-2 di final Piala Negara-Negara
~ 0-4 di Kejohanan Piala Dubai
~ 0-3 di Kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia B-23


Malah Chenrop selalunya menjadi penjaring gol ketika bertemu dengan pasukan Malaysia.


Ini komennya:

“Setiap perlawanan dengan Malaysia sebelum ini saya berjaya menjaringkan gol. Ketika di final Piala Negara-negara, saya menjaringkan satu gol, begitu juga di Dubai.

“Di Bangkok bulan lalu, saya jaringkan dua gol dan untuk sekali lagi melakukannya di final Sukan SEA, bukan mustahil.

“Saya dah banyak kali melakukannya (jaringkan gol), malah pertahanan Malaysia juga pemain sama. Saya yakin boleh meraih gol,”


Disebalik keyakinan dan kata kata yang agak bongkak itu, Chenrop telah mengingatkan rakan sepasukannya supaya jangan terlalu pandang mudah apatah lagi skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bakal mendapat sokongan padu penyokong tempatan.


Ini komennya lagi:

“Aksi final bagi saya cukup berbeza berbanding perlawanan lalu dan sesiapa saja boleh meraih kemenangan.

“Kami kena pastikan momentum dikekalkan, dan paling penting setiap peluang harus dimanfaatkan sebaiknya.

“Saya harap pemain kekal fokus sehingga penghujung perlawanan serta mengelak melakukan kesilapan mudah,” 


Dua tahun yang lalu, Chenrop membantu Thailand memenangi pingat emas di Sukan SEA Singapura.

Post a Comment

Previous Post Next Post