“Kenyataan Jais sangat adil dan tepat” – Hafiz Hamidun

PENYANYI Hafiz Hamidun menganggap kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Khamis berhubung kemelut yang membadai bahtera perkahwinannya dengan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa sebagai tepat dan adil.

Hafiz, 33, menerusi laman Twitter memberitahu dia mengambil keputusan untuk mengasingkan diri selagi masalah ini belum selesai bagi memenuhi tuntutan syariat Islam.

Baca artikel sebelum: Jais dedah bekas suami Joy Revfa sudah kemuka surat pengakuan sudah bercerai pada 2015

“Kenyataan yang sangat adil dan tepat untuk kes ini, sekarang sedang menunggu keputusan pembubaran nikah yang difailkan Joy pada 14 September.

“Jais memberi kelulusan saya dan Joy bernikah pada 1 Mei lalu, namun kegagalan Joy menyerahkan surat cerai menyebabkan saya perlu mengasingkan diri,” ujarnya.

Hafiz memberi reaksi susulan kenyataan jabatan agama yang membenarkan pernikahan itu selepas bekas suami Joy iaitu Ray Imran, mengemukakan surat akuan bercerai pada 2015.

 

Menerusi laporan sebuah portal berita itu, Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim berkata, isu itu hanya timbul apabila Ray Imran gagal mengemukakan sijil perceraian dari pejabat agama Islam di Songkhla, Thailand iaitu lokasi di mana mereka bernikah.

Joy telah ke Songkhla untuk menguruskan perkara berkenaan, namun gagal kerana ia seharusnya dimohon oleh bekas suami.

Akibat ketiadaan sijil perceraian itu Joy terpaksa membuat permohonan taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu 13 Julai lalu.

Bagaimanapun, jika bekas suaminya mendaftarkan perceraian berkenaan, tarikhnya mengikut hari beliau melafazkan talak iaitu pada 2015.

Dalam pada itu, Hafiz menambah kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pekara tersebut secara dalaman, namun diingkari Joy apabila membuat sidang media.

“Isu ini sebenarnya telah setuju dua-dua pihak untuk diselesaikan secara dalaman dan senyap saja. Tapi pihak Joy telah membuat sidang media. Saya mengambil keputusan mengasingkan diri dan tak tinggal sebumbung selagi masalah ini belum selesai. Semua demi mengikut syariat Islam.

“Saya tak mahu persoalkan kenapa. Tapi itulah yang jadi, Joy yang failkan pembubaran pernikahan. Kita tunggu keputusan mahkamah,” ujarnya.

 

Joy telah memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada 18 Ogos lalu.

Permohonan tersebut dibuat selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah dan enggan menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Pasangan ini diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Joy pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Mstar



Sumber “Kenyataan Jais sangat adil dan tepat” – Hafiz Hamidun

Post a Comment

Previous Post Next Post