Laungan ‘Malaysia-Indonesia bersaudara’ gegar Shah Alam

SEMANGAT kesukanan tinggi ditunjukkan penyokong Indonesia sekali gus mengetepikan isu cetakan buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

sad

Hari ini semuanya terjawab apabila kumpulan sukarelawan yang bertugas di Stadium Shah Alam sempena perlawanan bola sepak antara Indonesia bertemu Kemboja dalam kumpulan B.

Dianggarkan kira-kira 20 orang penyokong Indonesia bersama-sama petugas bersama-sama melaungkan ‘Malaysia-Indonesia bersaudara!’

Ia lantas membuktikan bahawa isu cetakan gambar bendera itu tidak mencetuskan suasana yang tidak harmoni tetapi menunjukkan wujudnya persaudaraan serumpun yang murni.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia atas kesilapan tidak disengajakan yang berlaku berhubung bendera Indonesia di dalam sebuah buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Permohonan maaf itu disambut baik, Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam Nahrawi .

Dalam buku panduan KL2017, bendera Indonesia dicetak terbalik.

Dalam pada itu, Jawatankuasa penganjur Malaysia Sukan SEA 017 (MASOC) dalam kenyataannya memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan tidak disengajakan itu.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Laungan ‘Malaysia-Indonesia bersaudara’ gegar Shah Alam

Post a Comment

Previous Post Next Post