Kerajaan bakal hilang pendapatan RM110 bilion jika tunai manifesto Pakatan

Pemuda Umno mendakwa kerajaan mungkin hilang pendapatan sebanyak RM110 bilion sekiranya menunaikan semua manifesto yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (Harapan).

asdasd

Pengerusi Biro Profesional Muda Umno, Shahril Hamdan berkata, angka tersebut diperolehinya setelah membuat pengiraan berdasarkan beberapa janji yang dibuat oleh pakatan pembangkang itu kepada rakyat untuk menghapuskan beberapa perkara yang diperkenalkan kerajaan ketika ini.

“Kalau kita lihat janji Harapan seperti menghapuskan tol, mengenakan kadar sifar GST, pemberian 20 peratus royalti minyak kepada beberapa buah negeri serta beberapa perkara lagi, kerajaan akan hilang pendapatan RM110 bilion.

Menurutnya, Harapan sehingga kini tidak memberikan sebarang cadangan dari segi perangkaan kewangan untuk menggantikan semula wang yang sudah tidak diterima oleh kerajaan akibat kesan janji mereka.

Tambahnya, laungan mereka bahawa mengenakan kadar GST sifar peratus akan meningkatkan kewangan rakyat sekaligus mereka dapat berbelanja dalam negara untuk menjana ekonomi negara adalah baik, tetapi tidak menjana pendapatan kerajaan.

“Perbelanjaan rakyat (private consumption) tidak menyumbang kepada pendapatan kerajaan bagi melakukan pembangunan dalam negara seperti membina hospital, sekolah, jalanraya dan sebagainya.

“Sebaliknya, cukai yang diterima oleh kerajaan sebenarnya adalah pendapatan kerajaan untuk melakukan pembangunan.

“Justeru itu, pengenalan GST adalah satu keputusan yang baik, meskipun ianya bukanlah satu keputusan popular di kalangan majoriti rakyat. Ia adalah satu sistem cukai yang sistematik,” ujarnya.

Oleh demikian, Shahril berharap rakyat tidak termakan dengan janji mereka kerana baginya, ianya tidak praktikal dan mustahil untuk dilakukan.

Sumber: Sinar Harian



Sumber Kerajaan bakal hilang pendapatan RM110 bilion jika tunai manifesto Pakatan

Post a Comment

Previous Post Next Post