Lelaki bawa 2 tangan abang yang dipotong naik bas

KAKITANGAN keselamatan di sebuah stesen bas di China terkejut selepas mendapati seorang lelaki telah membawa dua tangan yang telah dipotong di dalam beg.

Lelaki Bawa Dua Pasang Tangan Abang Naik Bas

Lelaki itu, Zheng ditangkap selepas dia melalui pemeriksaan keselamatan di stesen bas Duyun di Guizhou.

Zheng bagaimanapun mendakwa dia membawa dua pasangan tangan milik abangnya.

Susulan penemuan tangan berkenaan, kakitangan keselamatan di situ telah menghubungi polis dan Zheng memaklumkan kepada polis bahawa tangan itu milik abangnya yang terpaksa dipotong akibat terkena renjatan elektrik.

Menurut Zheng, dia mahu membawa pulang tangan itu ke kampung kerana jika abangnya meninggal dunia kelak, tangan itu perlu dikebumikan bersama-sama.

Abangnya kini masih mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Polis kemudiannya melepaskan Zheng selepas dia menunjukkan surat pengesahan daripada doktor.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Lelaki bawa 2 tangan abang yang dipotong naik bas

Post a Comment

Previous Post Next Post