Niat nak bincang tapi dirompak…

Pertemuan dengan bekas teman lelaki untuk mengelakkan gambar dalam keadaan memalukan disebarkan, bertukar tragedi selepas dirompak dan diugut dalam kejadian berhampiran Tapak Ekspo berhampiran Tesco di sini pagi semalam.

 

Niat nak bincang tapi dirompak…

Niat nak bincang tapi dirompak…

 

 

Mangsa diacu senjata oleh rakan bekas teman lelakinya dan mengarahkan mangsa menyerahkan wang miliknya berjumlah RM2,000 yang berada dalam poketnya.

Bukan setakat dirompak, mangsa turut dicederakan oleh seorang wanita yang dipercayai teman wanita bekas kekasihnya.

Telefon bimbit mangsa juga turut dilarikan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, mangsa bersama rakannya ke tapak ekspo itu sebelum didatangi dua kereta jenis Perodua Myvi.

Mangsa bagaimanapun terkejut, selepas diacu senjata dan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, dia terpaksa menyerahkan barangannya kerana bimbang keselamatannya diancam dan turut dicederakan seorang wanita dalam kumpulan itu.

Ismail berkata, usaha sedang giat  dilakukan untuk mengesan dan menangkap suspek terlibat.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian RM 4,000 dan kes terbabit disiasat di bawah seksyen 384 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Sumber: Sinar



Sumber Niat nak bincang tapi dirompak…

Post a Comment

Previous Post Next Post