"Penjelasan Tak Masuk Akal" - Aliff Aziz Tampil Balas Kenyataan "Mengarut" Afifah Nasir
Semalam Afifah Nasir tampil memberi penjelasan tentang isu yang melanda antaranya dengan Aliff Aziz. (BACA SINI)
Aliff Aziz telah tampil membalas kenyataan Afifah Nasir dan mendakwa ianya 'mengarut' ketika memberi penjelasan pada sidang akhbarnya semalam.
Bagi Aliff Aziz, kenyataan Afifah Nasir itu ada yang tidak masuk akal.
Penyanyi dan pelakon Singapura ini kemudia mempersoalkan beberaap poin dari kenyataan Afifah Nasir.
Aliff Aziz juga menafikan kenyataan Afifah Nasir bahawa dia tidak datang ke set hanya kerana teman gandingan menimbulkan masalah.
Ini komen Aliff:
Kalau Betul, Kenapa Tak Tolak Permintaan Produksi
"Afifah ada menyebut dirinya menjadi mangsa keadaan apabila pihak produksi menyuruhnya melayan kerenah dan bermanja dengan saya. Dia cakap ini dapat beri mood dan saya akan datang ke lokasi penggambaran untuk melunaskan baki penggambaran.
"Jika betul apa yang dikatakan itu, saya mahu bertanya, berapa usia Afifah hingga tak boleh tentukan apa yang betul atau salah. Dia bukan belasan tahun hingga perlu mengikut telunjuk orang dengan alasan kononnya nak membantu produksi melunaskan penggambaran dengan segera.
"Usia saya 26 tahun dan Afifah sudah 24 tahun... Beza usia kami hanya dua tahun. Sejauh mana dia boleh berkorban jika benar dakwaan pihak produksi meminta dia buat begitu dan begini untuk saya?"
"Jangan guna alasan kononnya masih baru dalam dunia seni. Bukan dia tak dibayar untuk berlakon. Dia ada hak menolak perkara yang bertentangan dengan kemahuan dirinya,"
Tak Masuk Akal
"Saya tak perlu nak selamatkan diri dengan membabitkan orang lain. Saya sendiri mengaku silap sebelum ini dan meminta maaf kepada isteri, keluarga, peminat dan semua pihak atas khilaf yang dilakukan.
"Saya fikir Afifah akan matang berdepan hal ini. Saya dan dia tahu perkara sebenar seperti apa yang saya tegaskan sebelum ini.
"Apabila saya teliti semula kenyataan Afifah semalam, memang ada yang tak masuk akal. Apa yang terjadi adalah hal peribadi, tak perlu babitkan produksi yang beri rezeki. Jangan nak tegakkan benang yang basah,"
Kalau Tak Datang Set, Pihak Produksi Boleh Saman
"Malah jika saya bermasalah tak datang set sehingga lapan hari atau lambat sekalipun, pihak produksi boleh hubungi saya. Mereka boleh saman dan bertindak jika saya tak melunaskan komitmen yang sudah dipersetujui,"
Biarkan Tangannya Dipegang Aliff
"Dia (Afifah) patungkah hingga membiarkan tangannya dipegang saya? Bukan dia tak boleh menepis atau menolak tangan saya.
"Malah Afifah ada menerima kiriman WhatsApp daripada isteri saya pada sebelah pagi sebelum insiden kantoi di pusat karaoke itu. Namun, Afifah pergi juga pusat karaoke terbabit.
"Saya terima hukuman 'cash' kerana perkara itu diketahui isteri hingga kantoi pada petang sama. Sedangkan Afifah terus berdolak dalik hingga membabitkan seorang lagi pelakon iaitu Allana Amir yang kononnya akan turut bersama kami di pusat hiburan itu,"
Persoal Bukti
"Saya fikir siapa saja boleh 'berlakon' menjadi pekerja produksi itu hingga rakaman diperdengarkan kepada wartawan tetapi tidak boleh dirakam semula oleh media atas alasan bimbang kenyataan disalah guna dan menjejaskan reputasi.
"Kalau rasa betul kenapa tak didedahkan saja identiti individu yang dimaksudkan.
"Afifah juga ada bangkitkan soal perundangan dan dia ada bukti yang kukuh jika apa-apa terjadi. Saya juga boleh berbuat demikian kerana sudah berunding soal itu,"
Persoal Kenapa Allana Turut Ada, Nak Popular?
"Apa masalah Allana sebenarnya? Bukan dia ada setiap hari di set penggambaran pun. Apa yang dia cuba lakukan saya kurang pasti atau mungkin cuba mengambil kesempatan untuk jadi popular dengan kontroversi ini,"
Itulah penjelasan balas dari Aliff Aziz tentang hal ini.
Sumber: BH
Tags:
beritamemey