Setelah Buang Semua Gambar Hans Isaac, Akhirnya Tunangnya Tampil Beri Kenyataan Rasmi

Setelah Buang Semua Gambar Hans Isaac, Akhirnya Tunangnya Tampil Beri Kenyataan Rasmi



Semalam memang kecoh apabila tunang kepada Hans Isaac iaitu Gabriella Robinson telah membuang semua foto Hans Isaac di laman media sosial.

Ramai tertanya-tanya apa status hubungan Hans Isaac dan Gabriella Robinson, dah putus tunang atau masih ada lagi?

Sebelum ini pasangan ini mengambil keputusan untuk menunda perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangusng pada hujung bulan Julai yang lalu.

Akhirnya Hans Isaac dan Gabriella Robinson telah tampil memberi kenyataan rasmi.

Gabriella telah tampil memberi penjelasan kenapa dia delete semua gambar Hans Isaac di laman IG miliknya itu.

Ini komen dari Gabriella Robinson:

"Saya memutuskan untuk membuka akaun Instagram baru, khas untuk keluarga dan teman rapat, manakala akaun sedia ada dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi perkara berkaitan kerja yang dilakukan.

"Saya mahu mengasingkan antara kerjaya dan kehidupan peribadi,"

Sementara itu, Hans Isaac juga amat terkejut apabila ada pihak yang mula bertanya status pertunangannya.

Ini pula komen dari Hans Isaac:

"Saya terkejut apabila menerima banyak panggilan 'missed call' dan WhatsApp daripada media yang bertanyakan mengenai perkara ini. Kami masih lagi bersama,"

Itulah hal yang sebenar, pasangan ini masih lagi bersama dan bergelar tunang.

Hans Isaac berkata dia merancang untuk berkahwin dengan Gabriella pada tahun depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post