TGV Cinemas tayang final bola sepak Sukan Sea KL2017 secara percuma!

SEJAK semalam, isu penjualan tiket perlawanan akhir bola sepak menjadi bualan hangat rakyat Malaysia.

 

TGV Cinemas tayang final bola sepak Sukan Sea KL2017 secara percuma!

TGV Cinemas tayang final bola sepak Sukan Sea KL2017 secara percuma!

 

Kebanyakannya bengang dengan ulat tiket yang mengambil kesempatan menjual semula tiket tersebut dengan harga yang sangat tinggi, malah ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit!

Tiket perlawanan akhir berharga RM21.20 seperti mana yang diumumkan Kementerian Belia dan Sukan menerusi kenyataan medianya sebelum ini.

Namun tak usah risau, kalau tak dapat bersama-sama menyokong di stadium, anda masih lagi boleh memberikan sokongan kepada para pemain kita dengan menonton di rumah ataupun di kedai-kedai mamak yang menyiarkan big screen.

 

Kalau nak lebih kelainan, anda boleh mengunjungi lapan cawangan TGV Cinemas ini yang membuka hall secara percuma bagi menyaksikan perlawanan akhir itu.

Antara pawagam yang mengambil bahagian ialah TGV Cinemas di One Utama, Sunway Pyramid, Seremban 2, Bukit Tinggi, AU2 Keramat, Kinta City, 1st Avenue dan Tebrau City.

Jadi ayuh ramai-ramai serbu pawagam tengok bola! Good luck team Malaysia! 

 

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

 



Sumber TGV Cinemas tayang final bola sepak Sukan Sea KL2017 secara percuma!

Post a Comment

Previous Post Next Post