Video: Faizal Hussein teruja berlakon filem aksi di samping legenda kung fu Kara Wai

Sering muncul sebagai hero, pelakon Faizal Hussein mencuri tumpuan sebagai orang kanan penyangak gasar dalam filem terbaru arahan Ho Yuhang, Mrs K.

 

Video: Faizal Hussein teruja berlakon filem aksi di samping legenda kung fu Kara Wai

Video: Faizal Hussein teruja berlakon filem aksi di samping legenda kung fu Kara Wai

 

Faizal mengakui penglibatan kali ini satu “pengalaman luar biasa” apabila tampil bersama legenda filem kung fu Hong Kong, Kara Wai.

Pelakon wanita itu membawa watak seorang ibu yang cuba melindungi suami dan anak gadisnya daripada musuh silamnya.

“Saya begitu teruja apabila dipanggil untuk menyertai filem ini. Saya salah seorang peminat Yuhang,” katanya, sebelum tayangan gala filem aksi tersebut kelmarin.

“Ia satu pengalaman luar biasa, bekerja bersama Kara, sebab saya sudah tonton hampir semua wayangnya bersama Shaw Brothers. Saya salah seorang peminat tegarnya.”

Faizal (tengah) bergandingan dengan legenda kung fu HK Kara Wai (kanan) dan aktres muda Siow Li Xian (kiri).Faizal (tengah) bergandingan dengan legenda kung fu HK Kara Wai (kanan) dan aktres muda Siow Li Xian (kiri).Wai, menempa nama dalam filem-filem kung fu sejak 1980-an, pernah membintangi filem arahan Ho pada 2008, At the End of Daybreak.

Menganggap Wai seorang “legenda hidup”, Faizal berkata beliau banyak menimba pengalaman daripada bintang Hong Kong itu semasa di set penggambaran.

Berdepan dengan Wai dalam babak-babak bertarung, Faizal akui tidak banyak mengalami masalah dalam menggayakan koreografi seni mempertahankan diri, walau kadang kala terpaksa bertukar lokasi penggambaran di saat terakhir kerana faktor cuaca.

“Benda paling sukar bagi saya adalah untuk tidak mencederakan wanita bintang utama filem ini,” kata Faizal berseloroh.

Barisan pelakon, pengarah dan penerbit filem ‘Mrs K’ arahan Ho Yuhang (bertopi merah) semasa tayangan gala di GSC 1Utama, 23 Ogos 2017.Barisan pelakon, pengarah dan penerbit filem ‘Mrs K’ arahan Ho Yuhang (bertopi merah) semasa tayangan gala di GSC 1Utama, 23 Ogos 2017.Faizal juga mengagumi profesionalisme Simon Yam, seorang lagi bintang filem veteran dari Hong Kong, yang masyhur di sini menerusi siri filem kongsi gelap Young and Dangerous.

“Bila saja dia keluar dari treler ke set, kami tidak akan membazir masa, kerana dia tidak suka menunggu.

“Kalau lebih daripada masa ditetapkan, dia akan mula mengajak buat rakaman. Dia bekerja sangat mengikut masa,” katanya.

Mrs K dilancarkan di Festival Filem Antarabangsa Busan ke-21 pada Oktober tahun lepas, dan akan mula ditayankan di pawagam tempatan mulai 7 September ini.

Dirakam sepenuhnya di Malaysia, filem ini juga dibintangi penyanyi rock Taiwan, Wu Bai, dan aktres muda Siow Li Xian.

 

 

Sumber: Malay Mail



Sumber Video: Faizal Hussein teruja berlakon filem aksi di samping legenda kung fu Kara Wai

Post a Comment

Previous Post Next Post