Anak lelaki pemain gitar terkenal ditahan kerana aktiviti pelaburan haram

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Anak lelaki kepada pemain gitar terkenal negara ditahan dipercayai terlibat mengendalikan aktiviti pelaburan haram di Jalan Tun Razak di sini, Rabu lepas.

 

Anak lelaki pemain gitar terkenal ditahan kerana aktiviti pelaburan haram

Anak lelaki pemain gitar terkenal ditahan kerana aktiviti pelaburan haram

 

 

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk A. Thaiveegan berkata lelaki berusia 33 tahun itu yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pelaburan terlibat, ditahan pada 5.15 petang. 

“Polis turut merampas pelbagai dokumen berkaitan pelaburan syarikat itu yang menawarkan pelaburan produk kecantikan dan kesihatan atas nama pemain gitar terkenal berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata syarikat tersebut menjanjikan keuntungan antara 20 hingga 30 peratus sebulan dengan nilai pelaburan paling rendah sebanyak RM3,000.

Thaiveegan berkata sebanyak 89 laporan polis dibuat terhadap syarikat itu dengan nilai kerugian mencecah RM1 juta.

Katanya polis turut mengesan beberapa individu lain berhubung kes tersebut.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penganjur skim pelaburan haram yang menjanjikan tawaran pulangan yang tinggi dan tidak munasabah dalam masa singkat. — Bernama

Sumber: Malay Mail



Sumber Anak lelaki pemain gitar terkenal ditahan kerana aktiviti pelaburan haram

Post a Comment

Previous Post Next Post