5 Daerah terjejas, lebih 2,000 mangsa banjir di Kedah

Anggota bomba mendukung seorang warga emas, Tan Siew Kee, 91, ekoran rumahnya dinaiki air di Kampung Seberang Perak 21 September 2017. — Foto Bernama

Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah malam ini terus meningkat kepada 2,280 orang berbanding 1,576 orang setakat pukul 4 petang tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah itu meningkat berikutan terdapat beberapa kawasan terutama di daerah Pokok Sena, Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang mula dinaiki air.

Kesemua mereka ditempatkan di 17  buah pusat pemindahan berbanding 13 pusat sebelum ini.

Bagaimanapun enam pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kechil dan Dewan Kampung Jilid 8 di (daerah Kuala Muda), Dewan Kampung Balai, (Alor Star) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changloon, Surau Kampung Betong (Kubang Pasu) dan Dewan Cenderawasih di Pendang telah ditutup ekoran keadaan banjir semakin pulih.

10 pusat pemindahan turut dibuka hari ini di Dewan Kampung Lahar yang menempatkan seramai 111 orang, SMK Mahawangsa (476), Dewan Tokong Cina (462) dan Dewan Lubuk Batu (105) di daerah Kubang Pasu , Madrasah Maahad Tarbiyah (9) Dewan Kampung Permatang Limau (35), Surau Kampung Menerong (18) di Pokok Sena, Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang (124), SK Bukit Pinang (68) dan Dewan Taman Sri Bagan (59) di Alor Star.

Selain itu jumlah mangsa yang ditempatkan di SK Titi Gajah di Alor Star (163),  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak enam orang, di Surau Assyakirin  Kepala Batas (71), dan SK Alor Mengkudu (70).

Pusat pemindahan lain yang masih beroperasi ialah SK Kodiang Lama yang menempatkan (49) mangsa dan Dewan Kampung Pial di Kuala Muda (113).

Sekretariat itu berkata, aliran air dari hulu ke muara sungai menyebabkan sungai dan parit tidak mampu menampung jumlah air yang banyak diburukan lagi sistem perparitan yang tersumbat dan cetek menyebabkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dinaiki air dan mereka terpaksa berpindah.

Cuaca di Kedah keseluruhannya adalah baik yang kadang kala hujan renyai-renyai.

Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan akibat banjir kilat itu. — Bernama

Sumber: Projek MMO



Sumber 5 Daerah terjejas, lebih 2,000 mangsa banjir di Kedah

Post a Comment

Previous Post Next Post