7 Strategi Psikologi Untuk Menguasai Tawar-Menawar Dalam Urus Niaga

#1-Singkirkan Perasaan Gementar.

Related image

Otak kita gemar kepada pilihan. Sebagai seorang peniaga atau jurujual, kita seharusnya ada banyak pilihan dalam menjalankan urus niaga.

Dengan pilihan-pilihan yang ada kita boleh meningkatkan rasa keyakinan diri dan rasa kurang gementar apabila sedang tawar-menawar.

Jika kita sudah biasa mempelbagaikan cara berurus niaga, kita tidak akan terlihat terdesak untuk membuat perjanjian niaga dengan satu pilihan, cara atau strategi.

Bahkan, anda akan berasa lebih yakin untuk menjadikan hala tuju perjanjian atau rundingan dalam perniagaan.

#2-Dapatkan ‘Ya’ Kecil Sebelum ‘Ya’ Besar.

Image result for negotiation

Cuba berunding perkara yang mudah dahulu dan jangan anggap yang semua yang anda cadangkan akan dipersetujui walaupun dengan pelanggan tetap anda.

Dalam urus niaga, kadang-kadang prospek akan sanggup menerima tawaran yang kecil dahulu sebelum bersetuju untuk urus niaga yang lebih besar.

Bagi seorang penjual, persetujuan kecil daripada pelanggan boleh menjadi satu perhubungan jangka panjang yang menguntungkan.

Ia juga sebagai bukti dan alat tambah nilai untuk peniaga gunakan semasa rundingan dengan pelanggan lain yang seterusnya.

#3-Manfaatkan Kelebihan Mendengar Dengan Optimum.

Image result for negotiation

Kata orang, manusia dianugerahkan dengan dua telinga dan satu mulut kerana sebab yang spesifik. Kita sepatutnya lebih banyak mendengar daripada bercakap.

Orang juga suka sekiranya mereka sedar yang kita mendengar dan memberi perhatian kepada mereka.

Sememangnya jurujual dilatih untuk bercakap dengan petah namun penjual yang mahir tahu bila perlu bercakap dan bila perlu mendengar.

Ini akan membezakan mereka daripada penjual biasa yang terlalu memaksa pelanggan untuk membeli.

Dengar pada pelanggan dan bagi respon bilamana perlu dan ulang kembali apa yang pelanggan katakan untuk mendapatkan pengesahan, kepastian dan pada masa yang sama memberitahu mereka yang kita mendengar kepada mereka.

#4-Pilih Pendekatan Rakan Kongsi.

Image result for negotiation

Dalam rundingan, penjual haruslah membayangkan pelanggan yang berpotensi sebagai rakan kongsi berbanding lawan yang harus dikalahkan.

Dengan pendekatan ini, penjual cenderung untuk berunding sebagai satu pasukan dengan pelanggannya.  Ia akan ubah suasana rundingan daripada mendapatkan sesuatu kepada sama-sama bersetuju.

Pelanggan juga akan rasa dihormati dan menghormati anda. Peluang untuk mereka menjadi pelanggan tetap anda sangat cerah.

#5-Fikirkan Situasi Secara Realiti.

Image result for negotiation

Apabila jurual cuba untuk memahami pelanggannya dengan baik, mereka akan bayangkan diri mereka sendiri berada di tempat pelanggan tersebut barulah tawaran yang diberikan menarik perhatian pelanggan tersebut.

Setelah mempertimbangkan permintaan, kelebihan dan kekurangan pelanggan, urus niaga dapat dijalankan dengan lancar.  Hal ini demikian kerana,  pelanggna rasa terhubung, percaya, senang dan selesa untuk membeli dengan anda.

#6-Utamakan Orang Dahulu,Angka Kemudian.

Image result for negotiation

Jika jurujual terlalu mendesak pelanggan semasa menawarkan sesuatu atau semasa berunding, pelanggan mungkin akan rasa defensif dan ini akan menghalang tawar-menawar atau rundingan berlansung dengan lancar.

Pelanggan akan bersikap defensif sekiranya mereka tertutup daripada dapatan maklumat yang baharu. Seorang jurujual yang baik harus menahan diri mereka daripada mengkritik keperluan, kehendak, tujuan dan kelakuan pelanggan.

Sentiasa bijak, rasional dan tenang dalam berurusan dan amalkan situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak.

#7-Bertindak Ikut Situasi Semasa.

Image result for negotiation

Dalam rundingan antara penjual dan pembeli atau prospek, manipulasi pasti akan berlaku. Strategi yang berkesan akan bantu tawar-menawar mencapai kata sepakat dan tujuan asal.

Jika penjual berjaya berkomunikasi dengan tenang dan dapat melengah-lengahkan rundingan tanpa unsur terdesak dan paksaan, ini akan membuat prospek atau pembeli berasa menerima sedikit tekanan dan majoriti mereka akan berakhir dengan memberi persetujuan untuk membeli.

Menurut pakar psikologi, penjual haruslah menjadi pakar kepada fikiran dan emosi mereka sendiri barulah mereka dapat berunding dengan fikiran dan emosi prospek atau pelanggan dengan baik.



Sumber 7 Strategi Psikologi Untuk Menguasai Tawar-Menawar Dalam Urus Niaga

Post a Comment

Previous Post Next Post