Pengasas Jenama Coklat Hershey Mula Berjaya Setelah Percubaan Ke-3 Dalam Bisnes

#1-Sejarah Permulaan Perniagaan Hershey.

Image result for hershey founder

Syarikat Hershey adalah pengeluar coklat terbesar di Amerika Utara yang ditubuhkan sejak 1894.

Pengasasnya adalah Milton S. Hershey yang pada awalnya hanya memulakan sebuah kedai coklat di Pennsylvania.

Kedai ini menjadi perusahaan kecil yang berkembang secara sederhana.

Dalam tempoh 6 tahun bergelut dengan naik turun dalam perniagaan, Hershey terpaksa menutup kedainya.

Dia mencuba nasib sekali lagi dengan menjual coklat di New York tetapi turut gagal.

Namun, dia tidak putus asa dan dia kembali ke Pennsylvania untuk memulakan perniagaan menjual karamel yang menggunakan susu segar.

Ternyata kali ini, nasib menyebelahinya dan perniagaannya semakin maju dari hari ke hari.

Setelah mengusahakannya lebih 20 tahun, Hershey membuat keputusan untuk menjualnya syarikatnya pada harga $1,000,000. Ia adalah merupakan sejumlah nilai yang sangat besar  pada ketika itu.

#2-Hershey Membuka Kilangnya Sendiri.

Related image

Dia kemudiannya membuat keputusan untuk membuka kilang coklat kerana percaya yang coklat akan menjadi produk yang mempunyai permintaan yang tinggi dan berterusan dalam pasaran.

Hershey memulakan pembinaan kilang pengeluaran coklat di pekan kelahirannya sendiri. Oleh kerana sudah terbiasa dengan kawasan ini, dia memperolehi banyak perkara yang memanfaatkan dirinya dan syarikat.

Hershey dapat mencari dan mengupah pekerja dengan mudah. Jumlah yang dibelanjakan untuk kos operasi syarikat juga murah.

Syarikat baru ini mula berkembang apabila kilang Hershey telah berjaya menjual produk bar coklat dengan begitu laris.

Dia kemudiannya mengembangkan lagi syarikat dengan membina mesin memproses susu yang baru untuk mengeluarkan produk coklat yang seterusnya bermula pada tahun 1896.

Dengan hasil kerja keras selama 3 tahun, dia berjaya menghasilkan formula coklat melalui ‘Hershey Process’.

Pada tahun 1907, dia mula melancarkan produk coklat baharu dalam bentuk bukit yang kecil yang diberi nama ‘Hershey’s Kiss’. Produk ini mendapat sambutan yang mengalakkan di seluruh Amerika Utara.

Sehingga ke hari ini, coklat ini ‘Hershey’s Kiss’ masih kekal menjadi popular dan hampir 80 juta unit coklat ini dihasilkan setiap hari bagi menampung permintaan pasaran di seluruh dunia.

Mereka juga turut memperkenalkan variasi produk lain yang baru dan berinovatif dari masa ke semasa untuk.

Contohnya, pada tahun 1925, mereka telah memperkenalkan ‘Mr. Goodbar’, manakala ‘Hershey’s syrup’ pula dikeluarkan pada tahun 1926 dan ‘Krackel bar’ pula dijual bermula pada tahun 1938.

Direkodkan, jualan mereka mencecah kira-kira 14 juta dolar bermula pada tahun 1956. Produk terbaik mereka pada waktu itu adalah ‘Peanut Butter Cup’.

Apabila Hershey meninggal pada tahun 1956, syarikatnya dijual pada harga 23 juta dolar.

#3-Syarikat Hershey VS Syarikat M&M.

Image result for hershey park

Rakan kongsi Hershey, Bruce Murrie telah keluar daripada perusahaan ini dan menyertai Forrest Mars untuk membuka syarikat baharu.

Anda pasti pernah mendengar coklat M&M. Ini adalah produk keluaran syarikat gabungan mereka. Syarikat M&M telah menggunakan coklat Hershey sebagai bahan untuk pembuatan M&M.

Tidak lama kemudian, Mars telah membeli saham milik Murrie dan menjadi pemilik tunggal kepada syarikat M&M.  Dia kemudiannya membangunkan syarikat ini dan menukarkannya kepada Mars Incorporated.

Hari ini Mars Incorporated merupakan pesaing terbesar syarikat Hershey. Namun begitu, hakikat yang pesaing-pesaing Hershey juga menggunakan coklat mereka sebagai bahan pembuatan coklat mereka melambangkan yang mutu coklat Hershey sukar untuk ditandingi.

Hari ini, syarikat Hershey adalah salah satu syarikat yang terbesar di dunia. Dicatatkan pada tahun 2010, keuntungan tahunannya adalah sebanyak  $5.5 billion. Jumlah pekerja yang bekerja dengan syarikat ini sekarang adalah lebih daripada 14,000 staf.

Siapa sangka, bermula dengan penjual coklat di premis kecil, dia telah berjaya menjadi pembekal coklat untuk populasi yang besar dari seluruh dunia.

Coklat Hershey akan sentiasa diingati kerana kualiti dan servisnya yang berkualiti tinggi dalam industri ini.

Hampir setiap warga Amerika pernah membeli coklat jenama Hershey dan dengan ini, misi dan visi pengasasnya dalam perniagaan telah tercapai.



Sumber Pengasas Jenama Coklat Hershey Mula Berjaya Setelah Percubaan Ke-3 Dalam Bisnes

Post a Comment

Previous Post Next Post