Aiman Tino korban dua ekor lembu

Aiman Tino melapah daging korban untuk diagihkan kepada penduduk

Penyanyi popular, Aiman Tino menyumbangkan dua ekor lembu kepada penduduk sekitar Kuala Kubu Bharu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut Jumaat lalu.

Jelas Aiman, ini kali pertama dia menyumbangkan daging korban bagi diedarkan kepada mereka yang memerlukan di sekitar kawasan rumahnya.

“Alhamdulillah, rezeki harus dikongsi bersama dan saya teruja kerana ini  kali pertama saya menyumbangkan lembu untuk ibadah korban.

“Pengagihan itu membolehkan orang ramai khususnya penduduk di sini merasai daging korban terutama mereka yang memerlukan,” katanya yang turut sama membantu proses korban tersebut.

Dalam pada itu, Aiman juga berterima kasih kepada peminat kerana menyokong video muzik single ketiganya, Ku Hanya Sayang Padamu yang sudah mencatatkan lebih satu juta tontonan di laman Youtube.

“Saya tidak sangka belum sampai seminggu sudah lebih satu juta tontonan. Terima kasih kepada semua peminat yang menyokong saya,” katanya.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE



Sumber Aiman Tino korban dua ekor lembu

Post a Comment

Previous Post Next Post