Bapa borek anak rintik: Anak ikut jejak langkah bapa menagih dadah

asd

Pepatah ‘bapa borek anak rintik’ sesuai mengambarkan tindakan seorang remaja yang mengikut jejak bapanya dalam kancah penagihan dadah.

Malangnya, contoh ditunjukkan si bapa berusia 52 tahun membuatkan dia dan anak lelaki berusia 17 tahun ditahan dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam AADK Kedah, Mohd Ezzry Mustafa berkata, mereka berdua antara 21 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam penagihan dadah di sekitar Kota Setar dan Pokok Sena.

“Turut ditahan, empat remaja bawah umur berusia awal 15 tahun yang tidak bersekolah dan pasangan adik beradik sebelum dibawah ke Pejabat AADK Kedah untuk tindakan lanjut.

“Melalui ujian saringan air kencing, seramai 18 individu yang tidak memiliki pekerjaan tetap dan bekerja sendiri didapati positif dadah jenis marijuana, opiat dan methamphetamine,” katanya.

Menurut beliau, tiga lagi individu yang ditahan dalam operasi sama dibebaskan tanpa syarat selepas hasil pemeriksaan air kencing mereka negatif dadah.

Katanya, operasi itu melibatkan seramai 12 orang anggota penguatkuasa AADK Kedah diketuai Asrol Azizi Abdullah dan dibantu Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Kedah dan Pokok Sena.

Menurutnya, daripada jumlah terbabit, seramai 17 individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

Katanya, seroang lagi merupakan merupakan Orang Kena Pengawasan (OKP) AADK Daerah Kota Setar dan  Pokok Sena yang masih menagih dadah akan dituduh kerana melanggar syarat pengawasan yang ditetapkan.

Beliau berkata, OKP terbabit boleh dikenakan hukuman tidak lebih tiga tahun penjara dan tidak lebih tiga kali sebatan atau kedua duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah AADK Kedah,  Mahadzir Elias berkata, pihaknya sedang berusaha bagi mengekang pelbagai isu berkaitan dadah, khususnya yang memberi kesan buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Untuk itu, kata Mahadzir, masyarakat diharapkan menjadi mata dan telinga AADK dalam usaha memerangi melalui penguatkuasaan serta program-program pencegahan dadah di kawasan komuniti.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Bapa borek anak rintik: Anak ikut jejak langkah bapa menagih dadah

Post a Comment

Previous Post Next Post