Berlatih menyelam empat bulan, kadi baca doa dalam laut

Sultan Ibrahim Iskandar menyempurnakan peletakan logo Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di dasar laut perairan Pulau Mensirip, Mersing. ― Foto ihsan Facebook/ Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Sultan Ibrahim Iskandar menyempurnakan peletakan logo Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di dasar laut perairan Pulau Mensirip, Mersing. ― Foto ihsan Facebook/ Sultan Ibrahim Sultan Iskandar MERSING, 10 Sept ― Seorang kadi daerah membaca doa di dasar Taman Laut Sultan Iskandar ketika menyelam bersama  Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Mohd Zaini Mohd Salleh berlatih membaca doa itu sejak Mei lalu bagi upacara menyempurnakan peletakan tukun tiruan replika bangunan Sultan Ibrahim seberat 165 tan.

Peletakan tukun itu bersempena majlis pra-pengisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di Pulau Mensirip, di taman laut itu, lapor Sinar Harian. 

Mohd Zaini bersyukur acara itu berjalan lancar dan mengakui berdoa di darat berbeza dengan membaca di dasar laut.

“Perbezaan baca di darat dan laut adalah kita guna alat pernafsan, itu menghalang kelancaran kerana membaca atas darat tiada halangan, hanya seperti biasa.

“Tetapi di dalam laut saya hanya guna lidah sahaja,” katanya, yang mempunyai lesen skuba, selepas Majlis Perasmian Bangunan Mersing Harbour Centre di sini. 



Sumber Berlatih menyelam empat bulan, kadi baca doa dalam laut

Post a Comment

Previous Post Next Post