Lima kereta mewah disimbah asid di pusat beli-belah

Lima kereta termasuk jenis BMW, Honda Accord, Toyota Vellfire dan Mercedez disimbah asid antara 6 hingga 7 September lalu. ― Foto ihsan Facebook/Lynette YuenweiLima kereta termasuk jenis BMW, Honda Accord, Toyota Vellfire dan Mercedez disimbah asid antara 6 hingga 7 September lalu. ― Foto ihsan Facebook/Lynette YuenweiALOR SETAR 10 Sept ― Lima kereta mewah yang diparkir di sebuah pusat beli belah terkenal di sini, disimbah asid.

Kereta jenis BMW, Honda Accord, Toyota Vellfire dan Mercedez itu dirosakkan dari 6 hingga 7 September lalu akibat perbuatan khianat, lapor Utusan Online.

Naun, timbalan ketua polis daerah Kota Setar berkata pihaknya hanya menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 42 tahun awal pagi tadi.

“Dalam laporannya, dia menyebut bahawa dia meletakkan kereta di tempat letak kereta pusat berkenaan dan ketika dia kembali ke kereta kira-kira pukul 10 malam, dia mendapati bahawa keretanya disimbah oleh asid," kata Yazri Ismail.

Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli belah itu untuk menjalankan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan kerosakan.



Sumber Lima kereta mewah disimbah asid di pusat beli-belah

Post a Comment

Previous Post Next Post