Burung kakak tua tiru suara pemilik, buat belian dalam talian

SEORANG wanita di London terkejut besar apabila mendapati burung kakak tua peliharaannya telah membuat satu pembelian secara dalam talian di laman web Amazon.

Corienne Pretorius pada mulanya menyangkakan pembelian itu dibuat ahli keluarga.

Namun apabila suami dan anak-anaknya menafikannya, dia mula berasa pelik.

Semua persoalan itu akhirnya terjawab apabila Pretorius mendengar burung kakak tua bernama Buddy itu bercakap menggunakan pembesar suara pintar.

Pembesar suara Amazon Echo itu boleh digunakan untuk mengakses pelbagai perkhidmatan, salah satunya ialah membuat pesanan pembelian.

"Pada mulanya saya bingung apabila mendapati satu pembelian telah dibuat, suami dan anak-anak pula menafikan ada membuat sebarang pembelian.

"Saya menyedari Buddy yang membuat pembelian itu selepas terdengar 'perbualannya' menggunakan pembesar suara itu," kata Pretorius kepada The Sun.

Buddy dipercayai meniru percakapan pemiliknya ketika membuat pembelian.

Barang yang dibeli Buddy ialah sebuah kotak hadiah (gift box) bernilai £10 (RM57).



Sumber Burung kakak tua tiru suara pemilik, buat belian dalam talian

Post a Comment

Previous Post Next Post