Kejadian berlaku ketika bintang filem Kabhi Kushi Khabi Gham ini sedang bersama-sama menyertai upcara keagamaan yang dianjurkan oleh selebriti Esha Deol.
Ketika sami sedang membacakan doa-doanya, seoarng peminat tiba-tiba mengarahkan kameranya kepada Jaya dan dan dalam gaya bersedia untuk berswafoto dengan isteri Amitabh Bachchan itu. Bagaimanapun, Jaya spontan mengherdik peminat itu
"Jangan lakukan itu, bodoh," katanya Jaya seperti dilaporkan Indiatoday.com.
Jaya mengarahkan peminat itu untuk fokus berdoa memandangakan itu adalah upacara agama.
Nenek kepada tiga cucu itu turut mengatakan bahwa semua orang tua harus mengajar anaknya untuk menghormati sesama manusia dan juga acara penting seperti upacara keagamaan.
"Ini adalah dasar sopan santun yang harus dipelajari oleh orang India seperti kita. Jangan hanya kerana kamu semua mempunya kamera di telefon, tidak bermakna kamu boleh sesuka hati mengambil gambar orang lain setiap waktu, tanpa meminta izin.
Itu adalah pelajaran dasar yang harus diajarkan di sekolah dan orangtua kepada anak-anak," tambahnya.
Ini bukan pertama kali Jaya Bachchan mengamuk di depan khalayak. Sebelum ini pernah beberapa kali dia meluahkan rasa marah dan semuanya tercetus gara-gara soal sopan santun.
Sumber Diajak Swafoto, Jaya Bachchan Label Peminat Bodoh