TANJONG KARANG, 12 Sept ― Seorang pelajar bermotosikal maut akibat diseret sebuah treler sejauh 50 meter.
Alfiq Syabana Putra Abdul Rahim, 16, tercampak selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah kereta, lapor Kosmo!.
Ketua balai bomba dan penyelamat Tanjong berkata pelajar SMJK (C) Yoke Kuan itu kemudian dilanggar treler dari arah belakang.
Penolong penguasa bomba Azmi Abbas berkata mangsa parah di kepala dalam kejadian 3 petang semalam di kilometer 62.5 Jalan Klang-Teluk Intan.
Mangsa yang berasal Taman Tasek Tambahan, Ampang mati di lokasi kejadian.
Sumber Diseret treler 50 meter, pelajar naik motor maut
Tags:
PMMO