KAJANG, 12 Sept ― Seorang bapa berang apabila mendapati seorang remaja lelaki bertuala berada di bilik anak perempuannya.
Beliau mengesan remaja tersebut selepas anak perempuan berusia 16 tahun membuka pintu bilik tingkat atas rumahnya di Batu 9, Cheras, lapor Harian Metro.
“Remaja (lelaki) berkenaan terus menyembunyikan diri dalam selimut manakala bapanya yang berang memukul anaknya itu menggunakan batang kayu mob,” kata ketua polis daerah Kajang.
ACP Ahmad Dzaffir berkata bapa remaja perempuan itu memasuki rumah melalui pintu belakang kerana ketukan pintu dan panggilan telefon tidak berjawab ketika tiba di rumah jam 12 tengah hari Selasa lalu.
Beliau berkata suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Sumber Bapa berang temui lelaki bertuala di bilik anak 16 tahun
Tags:
PMMO