“Dulu nak tidur buka lampu, sejak bersuami dah berani tutup lampu” – Ummi Nazeera

Pelakon Ummi Nazeera mengakui beliau sedang melalui fasa alam berumah tangga yang menggembirakan selepas diijabkabulkan sebulan yang lalu.

Kata Ummi kini hidupnya lebih seronok kerana andai kata dirinya menghadapi tekanan di tempat kerja, bila pulang ada seseorang yang menanti.

Ummi juga mendedahkan bahawa dulu andai mahu tidur, Ummi pasti akan buka lampu, tetapi kini sejak bersuami dia sudah berani tidur tutup lampu.

Ummi dan suaminya Dr Mohd Izzar Anwari bakal berangkat untuk berbulan madu di Switzerland pada bulan hadapan.

Dalam perkembangan lain, Ummi bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Bisik Pada Langit arahan Kabir Bhatia bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Beto Kusyairi, Naim Daniel dan Erwin Dawson.

Bisik Pada Langit akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 21 September ini.

 

Sumber: Suria



Sumber “Dulu nak tidur buka lampu, sejak bersuami dah berani tutup lampu” – Ummi Nazeera

Post a Comment

Previous Post Next Post