Makmum rebah ketika sujud sebelum ajal

Jenazah lelaki warga emas dibaringkan di masjid Kampung Gelong, Kubang Pasu, 7 September 2017. ― Foto ihsan Facebook/DTTB

Seorang lelaki warga emas rebah ketika sujud solat isyak sebelum meninggal dunia atas pangkuan seorang jemaah masjid di sini.

Rahman Hashim, 75, tiba-tiba rebah ketika menunaikan solat di masjid depan rumahnya di Kampung Gelong malam tadi, lapor Harian Metro.

Anggota jemaah itu Jamal Din, 53, memangku Rahman yang nazak selepas solat itu dan sempat mengajarnya mengucap syahadah.

“Beberapa minit kemudian, mangsa menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya pada 9.20 malam,” katanya. Allahyarham pernah pitam ketika bersolat.

Jamal, seorang pegawai bomba Bukit Kayu Hitam, berkata Rahman sempat menyertai majlis membaca Yasin sebelum menunai solat isyak.

Anak arwah Mohd Razif, 50, berkata bapanya mengidap tekanan darah tinggi dan kencing manis tetapi masih kerap ke kebun dan mengurus kedai runcit.

Sumber: Projek MMO



Sumber Makmum rebah ketika sujud sebelum ajal

Post a Comment

Previous Post Next Post