Inter, Napoli, Juventus kongsi takhta Serie A

MILAN: Napoli dan Inter Milan mempamerkan persembahan bertenaga apabila meraih tiga kemenangan daripada tiga perlawanan untuk mengekalkan saingan terhadap juara bertahan enam kali, Juventus di persada Serie A awal pagi tadi ketika AC Milan tewas di tangan Lazio.

Skuad bimbingan Luciano Spalletti, Inter menewaskan pasukan baharu naik taraf SPAL 2-0 di San Siro selepas Juventus mengetepikan Chievo 3-0 di Turin kelmarin.

Napoli juga kekal tanpa kalah ketika mereka memanaskan badan bagi saingan pertengahan minggu dengan berkunjung ke Shakhtar Donetsk dalam Liga Juara-Juara, menang 3-0 di Bologna menerusi jaringan lewat Jose Callejon (66), Dries Mertens (83), dan Piotr Zielinski (88).

"Untuk melalui 70 minit dan tewas 0-3 ialah tamparan hebat buat pemain," kata jurulatih Roberto Donadoni mengenai kekalahan pertama Bologna musim ini.

"Kami lemah dan Napoli menghukum kami. Ini memberikan pengajaran buat kami."

Juventus - yang akan ke Barcelona bagai saingan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini - berkedudukan teratas kedudukan mata menerusi perbezaan gol, sama sembilan mata dengan Napoli dan Inter Milan, manakala Lazio keempat dengan tujuh mata.

AC Milan pula jatuh ke kedudukan ketujuh selepas mengalami kekalahan pertama musim ini ketika jaringan hatrik Ciro Immobile membawa kemenangan 4-1 Lazio di laman sendiri. - AFP



Sumber Inter, Napoli, Juventus kongsi takhta Serie A

Post a Comment

Previous Post Next Post