Kisah Datuk Seri Vida: Bakal Keluarkan Koleksi Beg Tangan Bersama Louis Vuitton (LV)

#1-Datuk Seri Vida Sebelum Menjadi Jutawan.

Image result for dr.vida

Datuk Seri Dr.Vida atau nama asalnya Hazmiza Othman, bekas guru, merupakan seorang ratu kosmetik dan usahawan luar biasa.

Berasal dari Machang, nama singkatannya yang sebenar adalah Ida dia meletakkan huruf V pada pangkal nama kerana merasakan ia huruf yang bertuah tambahan pula banyak kereta yang popular pada zaman itu seperti kereta perdana V6 dan Volkswagen.

Setelah kematian bapa, dia dan ibu hilang tempat bergantung. Jadi, mereka mula berniaga kecil-kecilan sejak dia berumur 9 tahun. Dia pernah menjual nasi lemak untuk mendapatkan keuntungan sebanyak 30 sen.

Walaupun sedikit, nilai wang 30 sen yang dikumpul setiap hari membolehkan dia membeli motorsikal sendiri. Dia nekad untuk membelinya kerana berfikir sampai bila harus menaiki bas untuk ke sekolah.

Semasa ingin menyambung pengajian ke universiti, ibunya terpaksa menjual tanah mereka untuk membolehkan anaknya menampung kos semasa belajar di Universiti Sains Malaysia.

Di universiti, dia menjual pelbagai produk kepada pensyarah, staf universiti dan rakan-rakan. Kebanyakkannya adalah barangan dari Kelantan. Dia juga turut melakukan pelbagai kerja lain seperti kerja di kilang dan kerja sambilan di restoran.

Dia tetap aktif berniaga semasa menyambung pengajian di universiti. Hasilnya dia mampu berkereta sendiri tatkala rata-rata pelajar lain hanya mampu menggunakan kenderaan awam atau menaiki motor.

Apabila memulakan tugas sebagai seorang guru, dia berasa gelisah kerana profesion guru akan membuatkan dia sukar untuk berniaga pada masa yang sama.

Kemudian dia memilih untuk teruskan berniaga dan memilih untuk berniaga salon. Itu adalah kerjaya pilihan saya selain mejadi guru.

Dia membuat pinjaman bank sebanyak RM100,000 bagi tujuan ini dan membayar kembali pinjaman Dari situlah dia mula menjual pelbagai produk kecantikan bagi memenuhi keperluan pelanggan salonnya.

Akhirnya, Dr.Vida berjaya memiliki beberapa salon. Melihat permintaan yang tinggi dalam industri kecantikan, dia beranikan diri untuk membuat produk sendiri namun gagal. Hampir ratusan ribu wangnya terlebur begitu sahaja.

#2-Mula Berniaga Secara Serius Pada Skala Yang Besar.

Image result for interview dr.vida gegar vaganza

Disebalik kerugian yang berlaku, dia tidak berputus asa sebaliknya menghasilkan produk baru untuk warga emas iaitu Pamoga.

Untuk keluaran edisi pertama, dia mengeluarkan hampir 500 botol dan mengambil masa setahun untuk dihabiskan walaupun telah mencuba banyak strategi pemasaran.

Datuk Vida akhirnya mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja dan memberi fokus yang sepenuhnya kepada bisnes. Ternyata percaturan yang sangat berisiko ini menyebelahinya apabila produknya semakin dikenali ramai selepas itu.

Antara ujian yang menimpanya adalah kedua-dua anak lelakinya telah meninggal dunia akibat kebakaran yang berlaku di rumahnya. Sejak peristiwa itu, dia yang sebenarnya seorang yang ceria menjadi murung dan sugul. Dia banyak mendiamkan diri dan bermuhasabah.

Namun, dia kembali positif dan kembali aktif dalam dunia perniagaan.

#3-Strategi Qu Puteh & Pamoga.

Related image

Antara strateginya dalam dunia perniagaan adalah untuk menaja pelbagai rancangan TV yang mempunyai ramai peminat. Dia pernah menaja program Gegar Vaganza musim kedua yang menjadi sebutan dan ikutan ramai orang.

Dengan geran sebanyak RM1 juta daripada kerajaan sebagai modal untuk memulakan perniagaan kosmetiknya, beliau bagaimanapun gagal setelah majalah tempatan, radio dan televisyen swasta tidak berjaya mempromosikan produknya.

Pada awalnya, dia akui yang dia tersilap strategi semasa mengiklankan produk. Dia selalu mengalami kerugian besar apabila produknya langsung tidak mendapat sambutan.

Berjuta-juta wangnya lebur apabila menaja program. Oleh kerana tidak mahu mengulangi kesilapan dan kerugian yang sama, dia mula bertegas dengan pihak TV untuk mengikut caranya semasa mengendalikan program.

Dia juga cukup berhati-hati apabila ingin menggunakan medium media yang lain.

Beliau yang tertekan dan mengalami tekanan darah tinggi, telah mendapat  hikmahnya daripada kejadian itu apabila formula sendiri dihasilkan menggunakan gamat dan buah delima untuk produk kesihatan, Pamoga, telah berjaya mengurangkan tekanan darah tingginya.

Dengan semangat dan strategi baharu, dia mempromosikan Pamoga melalui program  di radio Kelantan FM dan tiba-tiba produknya menerima sambutan di luar dugaan. Itulah yang berlaku enam tahun lepas,” katanya.

Dari situ jualan semakin meningkat hingga melonjak jualan mencapai 100,000 botol Pamoga sebulan dan kini dia ada lebih 100 produk.

Walaupun mungkin ada dalam kalangan kita merasakan yang aksi dan keletahnya mungkin keterlaluan dan janggal, akan tetapi hasilnya, produknya mendapat sambutan ramai.

Akui dia lagi, sewaktu menaja program AJL29, dia berdoa sebanyak 50 kali sehari. Setiap hari stok produk habis dan terpaksa mengagihkan produk kepada stokis secara kuota.

Dr.Vida kini turut melabur dalam pembikinan filem, drama dan lagu serta beberapa bisnes sampingan, berkata tindakannya untuk menjadi  model untuk produknya dan mencipta tagline serta penampilan ‘bling-bling’nya adalah untuk menjual produknya, dan hasilnya amat menggalakkan.

#4-Rahsia Datuk Seri Vida.

Image result for dr.vida

Datuk Vida sebenarnya suka mengamalkan hidup sederhana. Secara realitinya, dia bukanlah gemar memakai baju yang berkelip-kelip, dengan manik dan labuci.

Namun kesemuanya dilakukan agar orang mudah ingat kepadanya dan juga produknya. Selalunya orang mudah mengingati sesuatu yang lain daripada yang lain.

Dia mengamalkan solat hajat 10 kali sehari sebelum dan selepas solat fardu selain menunaikan solat sunat Dhuha setiap hari agar perjalanan hidup dan bisnesnya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Dia telah diajar untuk melakukan ibadah sunat sejak kecil lagi.

Dia juga turut menasihatkan orang ramai untuk berniaga mengikut kemampuan sendiri. Kalau usahawan ada RM 10, hendaklah berniaga seperti RM 10, jika ada RM 100, maka berniagalah seperti RM 100.

Apa yang hendak cuba disampaikan adalah, selain berdoa haruslah berusaha, dan usaha itu hendaklah bersesuaian dengan kudrat dan kemampuan kita.

Terkini, dia bakal bekerjasama dengan syarikat beg terkemuka dunia iaitu Louis Vuitton (LV) untuk menghasilkan beg keluaran eksklusif yang akan dinamakan DSV-LV khas untuk penggemar beg di Asia Tenggara.

Bakal memasuki pasaran tahun hadapan, DSV yang sememangnya terkenal dengan obsesnya terhadap beg menjanjikan yang beg rekaannya itu pasti akan mempunyai ciri berkilauan yang sememangnya menjadi ‘trademark’ personaliti beliau.



Sumber Kisah Datuk Seri Vida: Bakal Keluarkan Koleksi Beg Tangan Bersama Louis Vuitton (LV)

Post a Comment

Previous Post Next Post