Pengendali pengangkutan ibu kota menamatkan lesen Uber yang dibenarkan beroperasi sehingga akhir bulan ini, sekali gus menjejaskan lebih 40,000 pemandu dan memberi tamparan hebat terhadap aplikasi teksi terkenal itu.
Transport for London (TfL) berkata, pihaknya menganggap pendekatan Uber dan pengendaliannya kurang bersifat tanggungjawab korporat.
“Ia berkaitan beberapa isu membabitkan keselamatan awam dan implikasi keselamatan,” katanya.
Hari terakhir Uber beroperasi ialah 30 September ini.
Di London, Uber berdepan kritikan daripada kesatuan pekerja, pembuat dasar dan pemandu teksi hitam tradisi berhubung situasi pekerjaan mereka.
Uber yang berhak membuat rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh 21 hari, bagaimanapun tidak memberi sebarang komen.
Tidak jelas jika Uber masih boleh beroperasi Oktober ini ketika rayuan dipertimbangkan.
Di peringkat global, Uber berdepan kritikan selepas siri skandal membabitkan dakwaan seksis dan buli di syarikat itu.
Ia mendorong pelabur memberi tekanan sehingga memaksa bekas Ketua Eksekutif dan pengasas bersamanya, Travis Kalanick disingkirkan. – Reuters
Sumber: BH Online
Sumber Lesen Uber ditamatkan, 40000 pemandu terjejas