Pecah meja: Jamal ke balai polis bawa penukul

Tindakan Jamal menghayun penukul minggu lalu didakwa seperti samseng dan bertindak di luar batasan undang-undang.

jamalAMPANG: Datuk Seri Jamal Yunos hadir ke balai polis hari ini memberi keterangan selepas tindakannya menghayun penukul untuk memecahkan sebuah meja minggu lalu didakwa seperti samseng dan bertindak di luar batasan undang-undang.

Berikutan laporan oleh beberapa pihak dan individu kepada polis, Jamal berkata penukul yang digunakannya minggu lalu itu turut diminta diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Selepas sidang media itu, saya dimaklumkan beberapa pihak dan individu membuat laporan polis terhadap kami dan rakan-rakan (kami yang) lain kononnya kami ini menakutkan, samseng dan bertindak di luar batasan undang-undang.

“Kami rasa sangat hairan dan sangat sedih. Kami ini pemimpin politik dan NGO, terutama dalam Selangor dan apa kami bawa ini isu masyarakat iaitu tentang apa berlaku di Selangor terlalu banyak kedai judi,” katanya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.

5 September lalu, Jamal memberi amaran supaya kerajaan Selangor mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan lesen pusat judi atau berdepan tindakan “di luar batas undang-undang”.

“Jika majlis (PBT) tidak mengambil tindakan dalam 2 minggu lagi jangan salah kami rakan-rakan NGO bertindak di luar daripada lunas undang,” kata ketua Umno Sungai Besar itu.

Sidang media yang diadakan di pejabat Gabungan NGO Malaysia yang dipengerusikannya itu turut menyaksikan Jamal menghayun penukul untuk memecahkan sebuah meja bagi menunjukkan tindakan yang akan diambilnya.

Mengulas lanjut, Jamal berkata walaupun dipanggil polis beliau tetap menggesa kerajaan Selangor membekukan lesen pusat hiburan dan keluarga serta membatalkan lesen yang dikeluarkan sebelum ini oleh PBT.

“Saya banyak menerima aduan daripada masyarakat tentang apa berlaku di Selangor.

“Kalau PBT batalkan lesen yang diberi dulu, kalau mereka beroperasi tanpa lesen, kita boleh buat aduan pada polis.

“Kami sebagai pemimpin masyarakat tidak boleh duduk diam, kalau diam kami kena letak jawatan semua yang ada,” katanya.

Jamal pecah meja, beri amaran Selangor batal lesen judi


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Pecah meja: Jamal ke balai polis bawa penukul

Post a Comment

Previous Post Next Post