Kat Australia, semua bidang menawarkan pendidikan secara formal beserta sijil untuk sesiapa yang nak cari kerja atau kemahiran dalam sesatu bidang tertentu. Dari sekecil-kecil bidang hinggalah bidang yang dianggap professional. Kalau di Malaysia, ada skill potong rumput, betulkan paip, potong rambut, bertukang dan sebagainya dah boleh start ambil upah dan buat bisnes. Kat sini lain. Sekecil-kecil bidang perlukan sijil. Kalau tak ada, jangan harap ada orang nak ambik kau kerja.
Apa yang kita dapat dari sistem yang leceh dan menyusahkan ni?
Kualiti kerja dan kemahiran. Semua benda tip top sebab dihasilkan oleh individu berkemahiran. Bukan tangkap muat. Susun bata kena ada sijil dan kena buat apprenticeship. Tak ada isu rumah dinding atau tingkap senget. Kondo aku kat KL tu dinding macam rumah Willy Wonka. Nak file defect complain, kena runtuh buat balik baru elok kot. Belum cerita rumah-rumah jiran yang berpuluh ada masalah tiles terangkat. Kat sini nak jadi tukang pasang tiles, kena ambik sijil. Kat KL, cari je pekerja asing yang sanggup dibayar murah. Babi betul.
Persaingan positif dan kenaikan taraf hidup. Electrician datang periksa rumah orang, aku tengok pakai VW Scirocco. Bisnes cuci tingkap boleh pakai BMW X6. Sebab labour charge mahal. Kawan aku sorang ni selalu merungut, semua orang yang ambil servis dia (kawan aku ni buat macam-macam kerja, dari jual pemadam api, baiki atap sampailah ke cuci kolam renang) semua tak nak bayar upah setimpal. Kesian bai.
Kat sini ada satu sijil namanya Certificate of Security Operations and Crowd Control.
Apa keuntungan sistem sijil ni pada orang-orang macam aku yang suka pergi konsert?
Security personnel konsert kat sini semua senyum manis. Siap offer air minum kat crowd. Serius tak tipu. Security akan sambut crowdsurfers yang sampai ke depan lepas barricade, dan letak ke bawah elok-elok. Gelak-gelak je. Tak marah, sebab kat konsert memang macam tu situasinya. Sebab apa? Sebab dia orang berkelulusan dalam bidang dia tu. Bukan dapat kerja sebab badan besar traktor muka macam taufan, pakai bangle silver lebar tiga jari, dan mengaku abang long kawasan kepala bapak tiga line.
Dia orang pernah tarik ke tepi mamat mabuk gila, sampai band berhenti main kejap. Tapi tak kasar langsung. Rilek gila. Tau-tau je dah sampai kat sebelah mamat tu yang dok sibuk kacau awek. Sangat professional.
Dan tak ada akak pengkid sideburn tampal muka ketat periksa beg kau dekat pintu masuk, itu tak boleh ini tak boleh sambil marah-marah. Semua teratur, periksa beg, metal scanner, siap ucap terima kasih. Air botol boleh bawak masuk, tapi kau buang penutup. Tak ada pembaziran terpaksa buang botol air yang isi penuh lagi.
Jadi, tak ada unnecessary stress dekat security personnel yang besar kepala lagak RELA macam puaka.
Fadzli Fauzi
Sumber Perbezaan Orang Pro Buat Kerja