Selena Gomez selamat jalani pemindahan buah pinggang

PENYANYI antarabangsa, Selena Gomez, membuat pengakuan menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada musim panas lalu.

Dalam kemas kini status di akaun Instagram pada Khamis, Gomez memuat naik status yang sekaligus menjawab tanda tanya peminat yang mempersoalkan mengapa dia mempromosikan single terbaharunya.

Gomez yang juga seorang pelakon memberitahu, pemindahan buah pinggang itu terpaksa dilakukan akibat penyakit Lupus yang dihidapinya.

"Ramai yang bertanya ke mana saya pergi sepanjang musim panas lalu, dan mengapa saya tidak mempromosikan single baharu saya.

"Saya diberitahu yang saya perlu menjalani pemindahan buah pinggang demi kesihatan saya.

"Buat masa ini, saya belum bersedia untuk menceritakannya, namun saya akan berkongsi dengan anda kisah saya tidak lama lagi," tulis Gomez.


Penyanyi Love You Like A Love Song itu juga mengungkapkan penghargaan buat sahabatnya, Francia Raisa, yang mendermakan buah pinggang kepadanya.

"Tiada kata untuk saya ungkapkan rasa terima kasih kerana mendermakan buah pinggangnya," kata Gomez.

Pada tahun 2015, Gomez membuat pengakuan dalam majalah Billboard bahawa dia telah disahkan menghidap penyakit Lupus, sejenis penyakit yang menyerang sistem ketahanan badan manusia, pada tahun 2013.



Sumber Selena Gomez selamat jalani pemindahan buah pinggang

Post a Comment

Previous Post Next Post