'Setiap bulan saya ambil ubat perancang, tapi tak makan' - Wanita kufur nikmat ini dikecam netizen

PUTRAJAYA - Sudah diberi, enggan pula dimakan. Sudah disarankan, enggan pula mendengar kerana dirinya terlalu bijak berbanding mereka yang bertauliah. Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita yang sungguh tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi. 
8 September lalu, Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir memuat naik gambar seorang wanita yang mendakwa dia terpaksa mengambil ubat perancang yang diberikan oleh jururawat. Malangnya, ubat itu tidak dimakan walau sebiji sekalipun. 
"Siapa macam saya tiap-tiap bulan mesti pergi ambil ubat perancang, tetapi makannya tak? Kalau tak ambil, nanti jururawat marah sebab bersalin ceazer. Baby dah enam bulan, jadi ubat pun ada enam papan," tulisnya di sebuah laman group Facebook ibu-ibu mengandung. 
Kata-katanya yang jelas sekali tidak menghargai ubat yang diberikan secara percuma itu, mengundang rasa kesal Doktor Abdul Rahman terhadap sikap tidak bertanggungjawab dan kufur nikmat wanita berkenaan. 
"Sedih saya melihat perkara sebegini. Perkhidmatan kesihatan kita diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia oleh badan-badan antarabangsa, namun ia kekal sebagai antara yang termurah di dunia. Disebabkan ia terlalu murah, ia tidak dihargai oleh rakyat Malaysia. 
"Ubat-bat yang diberi, yang harga sebenarnya mahal tidak diambil dan dibazirkan. Malah berbangga pula muat naik gambar dan kapsyen di internet akan sikap tidak bertanggungjawab ini sambil disokong oleh golongan jahil beramai-ramai," katanya. 
Jelas Doktor Abdul Rahman, ada sebab mengapa ubat perancang diberi kepada ibu-ibu yang bersalin secara ceazer. Ini bagi mengelakkan ibu-ibu berkenaan dari mengandung selama dua tahun. 
"Jika mengandung juga, ia amat berisiko kerana ada risiko rahim pecah dan boleh membawa maut. Tetapi dia (individu berkenaan) buat main," katanya.
Berikutan adanya golongan yang tidak bersyukur seperti ini, Doktor Abdul Rahman meminta kerajaan mengubah polisi charging di mana golongan yang tidak menghargai keistimewaan yang diberikan ini perlu dikenalpasti identiti mereka dan dikenakan caj sepenuhnya. 
"Caj bayaran sebanyak RM1 di Klinik Kesihatan dan Jabatan Kecemasan sebenarnya tidak masuk akal pada zaman ini. Mohon dinaikkan ke RM15-RM20 pun ok. Namun bagi golongan yang benar-benar tidak berkemampuan, caj ini dikecualikan sama sekali. Satu ringgit pun tidak perlu bayar. 
"Saya mengutarakan cadangan ini kerana sudah bosan melihat perangai rakyat Malaysia yang kufur nikmat lagi zalim," katanya. 
Sementara itu, netizen mengecam tindakan wanita yang tidak bertanggungjawab itu kerana membazir dan tidak menghargai ubat-ubatan yang diberi. Malah, mereka juga bersetuju individu berkenaan dikenalpasti dan dikenakan bayaran bagi harga ubat yang sebenar sebagai pengajaran. 




Sumber 'Setiap bulan saya ambil ubat perancang, tapi tak makan' - Wanita kufur nikmat ini dikecam netizen

Post a Comment

Previous Post Next Post