• Home
  • Malaysia Explorer
HometbKOR

Sharnaaz Ahmad mengaku tumbuk muka Bangla

byjejak rezeki -3:02:00 AM
0

Jangan hina keluarga saya -

Pelakon filem ‘Juvana’, Sharnaaz Ahmad dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk muka  seorang warga Bangladesh, Julai lalu.

Majistret Mahyudin Mohmad Som kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,200 atau penjara dua bulan terhadap pelakon tersebut yang nama sebenarnya,  Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 32, selepas dia mengaku bersalah  atas pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Sharnaaz yang juga popular menerusi drama ‘ Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada pemandu, Gous Ali dengan menumbuk mukanya di Kuala Lumpur Golf & Country Club  (KLGCC), Taman Tun Dr .Ismail di sini kira-kira pukul 5.30 petang, 22 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adila Noordin mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE



Sumber Sharnaaz Ahmad mengaku tumbuk muka Bangla
Tags: tbKOR
  • Facebook
  • Twitter
You may like these posts

Post a Comment

Previous Post Next Post

Follow Us

Popular Posts

Tips Cara Memasang Incoming Search Terms Pada Blogspot

byjejak rezeki-4:31:00 PM

12 GAMBAR: Selebriti Wanita Tak Pakai Coli Sempena ‘No Bra Day’

4:03:00 PM

Infinix Malaysia Menjadi Salah Satu Daripada 5 JENAMA TELEFON PINTAR PALING LARIS di Shopee Festival Fesyen dan Kecantikan 7.7 2023

9:50:00 AM

Rihana Kembali Dengan Tuntutan Penceraian Untuk Menjaga Anaknya Dengan Jumlah Tak Masuk Akal

12:01:00 PM
Design by Templateify | Distributed by Theme
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • RTL Version

Contact Form