Syarahan ditangguh, Mustafa Akyol dipanggil Jawi

Mustafa Akyol dipanggil Jawi kerana mengajar Islam tanpa tauliah daripada pihak berkuasa agama. — Foto oleh KE OoiMustafa Akyol dipanggil Jawi kerana mengajar Islam tanpa tauliah daripada pihak berkuasa agama. — Foto oleh KE Ooi

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Syarahan Mustafa Akyol hari ini ditangguh selepas tokoh wartawan Turki diarah bertemu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Beliau dijadual membincangkan tajuk “The Islamic Jesus: How the King of the Jews Became a Prophet of the Muslims” di Universiti Nottingham, 2 petang ini.

Malay Mail Online dimaklumkan lokasi syarahan acara itu ditangguh tanpa memberi alasan.

Akyol dilapor dipanggil Jawi awal hari ini kerana dikatakan mengajar Islam tanpa tauliah rasmi daripada pihak berkuasa agama itu.

Beliau dipanggil mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan). Turut dipanggil, penganjur Islamic Renaissance Front (IRF).

Baca seterusnya di Malay Mail Online.



Sumber Syarahan ditangguh, Mustafa Akyol dipanggil Jawi

Post a Comment

Previous Post Next Post