Wang jaminan RM60,000, pasangan pensyarah UTeM dibebas

Sepasang suami isteri direman lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa membabitkan nilai kira-kira RM52,000, 6 Sept 2017. — Foto ihsan Twitter/BernamadotcomSepasang suami isteri direman lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa membabitkan nilai kira-kira RM52,000, 6 Sept 2017. — Foto ihsan Twitter/BernamadotcomMELAKA, 10 Sept — Sepasang suami isteri yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan direman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa, dibebaskan hari ini.

Penolong pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi membenarkan suami isteri berusia 35 dan 32 tahun itu, masing-masing dibebaskan dengan jaminan tunai RM3,000 dan RM47,000 tanpa cagaran serta jaminan tunai RM2,000 dan RM8,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu kedua-duanya perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Melaka setiap bulan.

Terdahulu pasangan itu yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh pada 10.20 pagi, dan dibawa keluar dari kompleks itu kira-kira 20 minit kemudian selepas prosedur jaminan itu selesai.

Pasangan itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dengan mencadangkan kepada pihak pengurusan fakulti untuk memilih syarikat milik mereka bagi pembelian barang makmal serta perkhidmatan untuk penyelidikan membabitkan nilai RM52,000 antara Mac 2015 dan Jun 2016. — Bernama



Sumber Wang jaminan RM60,000, pasangan pensyarah UTeM dibebas

Post a Comment

Previous Post Next Post