11 warga asing diselamatkan lepas 3 tahun jadi buruh paksa, sudahlah dikurung, tidak dibayar gaji dipukul pula jika kerja tidak memuaskan

KUCHING:  Sebelas warga asing dengan sembilan daripadanya wanita ditemui dikurung di dalam sebuah rumah satu tingkat di Taman Heng, Jalan Sebiew, di Bintulu, pada jam 2.45 petang semalam.

 

 

11 warga asing diselamatkan lepas 3 tahun jadi buruh paksa, sudahlah dikurung, tidak dibayar gaji dipukul pula jika kerja tidak memuaskan

11 warga asing diselamatkan lepas 3 tahun jadi buruh paksa, sudahlah dikurung, tidak dibayar gaji dipukul pula jika kerja tidak memuaskan

 

Mereka ditemui sepasukan anggota polis, diketuai Inspektor Nixon Malang, yang membuat serbuan di rumah berkenaan selepas mendapat maklumat awam mengenai pemerdagangan orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata pasukan serbuan terpaksa memotong mangga yang mengunci pintu hadapan untuk masuk ke dalam rumah berkenaan.

“Selepas berjaya masuk, polis menemui satu bilik khas yang dikunci dari luar dan terpaksa memecahkannya.

“Sebaik sahaja pintu berjaya dipecahkan, seramai sembilan wanita berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun dan dua lelaki berumur 23 tahun dan 44 tahun ditemui dikurung di dalam bilik kecil itu,” katanya.

Dev berkata, pemilik rumah berkenaan iaitu sepasang suami isteri berusia 59 tahun dan 53 tahun yang turut berada dalam rumah ditangkap kerana disyaki memperdagangkan orang secara buruh paksa.

“Wanita berusia 53 tahun itu ketika ditahan bertindak agak agresif, mengugut anggota polis serta mengeluarkan kata-kata lucah,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati 11 mangsa itu dipaksa oleh suami isteri terbabit untuk membersihkan rumah sarang burung dan mereka dikurung hampir tiga tahun.

“Mereka juga mendakwa tidak dibayar gaji dan kadang-kala dipukul oleh kedua-kedua suspek jika kerja tidak memuaskan.

“Kedua-dua suspek akan direman di Mahkamah Bintulu pagi ini untuk siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

“Semua warga asing terbabit dihantar ke rumah perlindungan,” katanya.

Sumber: Bharian



Sumber 11 warga asing diselamatkan lepas 3 tahun jadi buruh paksa, sudahlah dikurung, tidak dibayar gaji dipukul pula jika kerja tidak memuaskan

Post a Comment

Previous Post Next Post