2 Anggota TLDM buat laporan polis, dakwa alami kecederaan sama dengan 2 anggota yang meninggal dunia

PDRM

Polis Perak mengesahkan menerima dua laporan daripada dua anggota TLDM yang mengalami kecederaan hampir sama dengan dua anggota yang meninggal dunia, empat hari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, susulan laporan itu, dua suspek yang merupakan anggota Polis Tentera Laut berusia 29 dan 37 tahun ditahan semalam dan direman hari ini di Mahkamah Seri Manjung bagi membantu siasatan.

Menurutnya, laporan dibuat oleh dua anggota berpangkat laskar itu membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 325 dan 506 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis juga sedang berusaha mendapatkan rakaman percakapan mangsa selain melakukan siasatan forensik terhadap kamera litar tertutup (CCTV) hari ini.

“Pasukan dari Bukit Aman juga turut sama membantu menjalankan siasatan bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Katanya, setakat ini, lima suspek ditahan dan penyiasatan akan diteruskan untuk memastikan tiada lagi suspek terlibat dalam insiden itu.

Hasnan berkata, polis akan menjalankan siasatan teliti dan rapi hingga mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dan siapa terlibat.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber 2 Anggota TLDM buat laporan polis, dakwa alami kecederaan sama dengan 2 anggota yang meninggal dunia

Post a Comment

Previous Post Next Post