Tembakan rambang korbankan lebih 50 orang: Daesh dakwa bertanggungjawab, penyerang baru masuk Islam

Militan Daesh mendakwa bertanggungjawab ke atas insiden tembakan rambang yang mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang dan mencederakan lebih 400 yang lain di Las Vegas awal hari ini.

Kumpulan berkenaan turut mengatakan bahawa penyerang itu baharu saja memeluk Islam beberapa bulan lalu.

“Serangan di Las Vegas dilakukan oleh seorang askar Daesh dan dia melaksanakannya sebagai memenuhi seruan untuk menyasarkan negara gabungan,” kata agensi berita kumpulan itu, Amaq merujuk kepada gabungan diketuai Amerika Syarikat yang melancarkan serangan ke atas kumpulan itu di Asia Barat.

“Penyerang Las Vegas itu memeluk Islam beberapa bulan lalu,” tambah Amaq. – Reuters

 

Sumber: BH Online



Sumber Tembakan rambang korbankan lebih 50 orang: Daesh dakwa bertanggungjawab, penyerang baru masuk Islam

Post a Comment

Previous Post Next Post