50 maut tembakan rambang di Las Vegas, 200 cedera (VIDEO)

Ambulans dilihat meninggalkan tempat kejadian selepas tembakan rambang di festival muzik di Las Vegas Strip, Nevada, 1 Okt 2017. — Foto ReutersAmbulans dilihat meninggalkan tempat kejadian selepas tembakan rambang di festival muzik di Las Vegas Strip, Nevada, 1 Okt 2017. — Foto ReutersLAS VEGAS, 2 Okt — Sekurang-kurangnya 50 orang maut dan lebih 200 cedera dalam kejadian tembakan rambang di festival muzik country di Las Vegas Strip semalam.

Tembakan dilepaskan seorang lelaki warga emas daripada tingkat 32 hotel beberapa minit sebelum suspek ditembak mati oleh polis.

Jumlah kematian menjadikan ia kes terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat selepas tragedi tembakan rambang di kelab malam di Orlando yang mengorbankan 49 nyawa.

Suspek dikenali sebagai Stephen Paddock, 64, seorang penduduk tempatan. Namun polis masih belum menemui motif tindakannya.

Ketua polis Clark County berkata suspek dipercayai tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan militan.

“Kami tidak tahu apa pegangan kepercayaannya. Kami menemui pelbagai senjata api dalam bilik yang didudukinya,” kata Joseph Lombardo.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.



Sumber 50 maut tembakan rambang di Las Vegas, 200 cedera (VIDEO)

Post a Comment

Previous Post Next Post