Cuai berkonvoi motosikal, NGO mohon maaf kepada rakyat Thailand

Paparan skrin Youtube yang menunjukkan laporan berita Thailand tentang konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia.Paparan skrin Youtube yang menunjukkan laporan berita Thailand tentang konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia.KOTA BHARU, 2 Okt — Kelab Chopper Garage Kelantan (CGK) hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Gabenor Narathiwat dan seluruh rakyat Thailand di atas kecuaian dalam mengawal pergerakan konvoi motosikal berkuasa tinggi di wilayah tersebut seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Presidennya, Diami Yusoff berkata surat permohonan maaf itu sudah dihantar kepada pemangku Konsul Jeneral Thailand di Kota Bharu, Jantarat Ngamchana di Pejabat Konsul Jeneral, Royal Thai Konsulat di sini, kira-kira 10 pagi tadi.

“Kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat jalan raya di Wilayah Narathiwat, Selatan Thailand ketika kami dalam pergerakan konvoi sempena Program Mahabbah Keenam pada 22 Sept lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Tindakan marsyal yang mengawal lalu lintas pergerakan konvoi berkenaan dengan  menyekat pergerakan lalu lintas di persimpangan lampu isyarat di wilayah berkenaan bagi memberi laluan kepada peserta konvoi meneruskan perjalanan ​​​​​ tular di laman sosial dan televisyen Thailand.

Tindakan itu menjadi kesalahan kerana tiada pembabitan pihak polis yang sepatutnya mempunyai kuasa mengawal lalu lintas.

Diami berkata kejadian yang berlaku pada 10.30 pagi membabitkan 57 motosikal berkuasa tinggi itu tidak disengajakan.

“Insiden itu berlaku secara spontan dan kami mengaku ia adalah satu kesalahan dan berjanji sekiranya diberi kebenaran untuk mengadakan lagi program sebegitu, kami akan menghormati dan mengikuti peraturan keselamatan yang ditetapkan di negara.

Sempena Program Mahabbah itu, kelab berkenaan mengadakan lawatan ke pondok-pondok tahfiz, masjid selain beramah mesra dengan ulama. Kelab itu turut menyumbangkan keperluan selain menjalinkan ukhuwah sesama umat Islam, kata Diami. — Bernama



Sumber Cuai berkonvoi motosikal, NGO mohon maaf kepada rakyat Thailand

Post a Comment

Previous Post Next Post