PETALING JAYA, 4 Okt — Sembilan orang ditahan ketika menghalang tiga rumah dan dua kedai daripada dirobohkan dekat lapangan terbang Subang hari ini.
Lima daripada mereka aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk setiausaha agungnya A Sivarajan dan ketua Pemuda Khalid Ismath.
Manakala empat penduduk kampung turut ditahan. Semua mereka dibawa ke ibu pejabat polis daerah di sini, lapor portal Star Online.
Tindakan meroboh rumah itu yang diduduki pekerja masjid lapangan terbang itu menyebabkan 17 penduduk hingga tempat tinggal.
Operasi dijalankan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Petaling dengan bantuan polis.
Ahli jawatankuasa PSM S Arutchelvan mendakwa pejabat menteri besar Selangor tidak menghalang tindakan tersebut.
Sementara portal itu turut melaporkan ada dakwaan lain menyebut pejabat menteri besar sudah meminta operasi merobohkan tidak diteruskan.
Sumber Bantah roboh rumah di Subang, sembilan ditahan