Pejabat Umno Kubang Kerian dipecah masuk

Pejabat Umno Bahagian Kubang Kerian di Kota Baru dipecah masuk pencuri awal pagi 4 Okt 2017. — Foto ihsan Facebook/Zaid MentuanPejabat Umno Bahagian Kubang Kerian di Kota Baru dipecah masuk pencuri awal pagi 4 Okt 2017. — Foto ihsan Facebook/Zaid MentuanKOTA BHARU, 4 Okt — Pejabat Umno Bahagian Kubang Kerian di sini dipecah masuk pencuri awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik berkata pencuri terbabit melarikan wang tunai dan beberapa dokumen yang disimpan di dalam pejabat berkenaan.

Kejadian itu disedari oleh pegawai teknologi maklumat pejabat berkenaan, Che Azrul Che Johan, 25, yang mendapati dokumen yang disimpan di dalam beberapa bilik berselerak, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan maklumat daripada penduduk di sekitar pejabat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani berkata kejadian itu merupakan kali kedua selepas berlaku awal tahun ini.

Muhammad percaya suspek memasuki pejabat itu antara malam tadi dan awal pagi hari ini, pihaknya juga akan meningkatkan lagi aspek keselamatan di bangunan tersebut.—Bernama



Sumber Pejabat Umno Kubang Kerian dipecah masuk

Post a Comment

Previous Post Next Post