Baru kahwin 6 bulan, suami maut ditikam isteri berusia 17 tahun

JOHOR BAHRU: Pertengkaran suami isteri yang baru berkahwin enam bulan, bertukar tragedi apabila berakhir dengan pembunuhan.

 

 

Baru kahwin 6 bulan, suami maut ditikam isteri berusia 17 tahun

Baru kahwin 6 bulan, suami maut ditikam isteri berusia 17 tahun

 

Suami, yang berusia 28 tahun dan bekerja sebagai pemotong ayam, maut selepas

dipercayai ditikam isterinya yang berusia 17 tahun.

Kejadian berlaku di sebuah rumah teres di Sungai Abong, di Muar, kira-kira jam 1.45 tengah hari tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata polis sudah menahan suspek dan merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

“Susulan penahanan itu dan soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan bunuh itu.

“Tahniah kepada Ketua Polis Daerah Muar dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Muar atas kejayaan menyelesaikan kes ini,” katanya.

Mohd Khalil berkata, Ketua Polis Daerah Muar akan membuat sidang media, esok bagi memberi makluman penuh mengenai kes berkenaan.

Sumber: Bharian



Sumber Baru kahwin 6 bulan, suami maut ditikam isteri berusia 17 tahun

Post a Comment

Previous Post Next Post