Biar hilang gigi, jangan hilang maruah

DHAKA: Tonggak hoki negara, Faizal Saari membayar harga tinggi untuk sebuah kemenangan apabila empat batang giginya hilang ketika membantu pasukan menundukkan Pakistan 3-2 dalam saingan round robin Piala Asia semalam.

Faizal yang terpaksa menerima rawatan di luar padang hampir 10 minit selepas berdarah di mulut akibat disiku oleh pemain lawan, kembali beraksi untuk membantu pasukan meraih kemenangan pertama dalam pusingan penentuan pingat itu.

"4 batang gone (hilang) sebab apa, sebab kami main bukan untuk duit...sweet memory. Sedap juga makan siku," kata Faizal yang turut memuat naik gambar terkininya di laman sosial sebentar tadi.



Sumber Biar hilang gigi, jangan hilang maruah

Post a Comment

Previous Post Next Post