Menteri Luar Sweden pernah kena gangguan seksual

STOCKHOLM: Menteri Luar Sweden, Margot Wallstrom hari ini mendedahkan, beliau pernah mengalami gangguan seksual 'di peringkat pimpinan tertinggi politik'.

Wallstrom membuat pendedahan itu ketika mengumumkan penyertaannya dalam kempen #MeToo di Facebook.

"Saya mengesahkan ia berlaku (gangguan seksual) di peringkat tertinggi politik dan saya sendiri mengalaminya," katanya kepada agensi berita Sweden, TT.

Katanya, beliau enggan bercakap 'terlalu peribadi mengenainya atau mengesahkan jika insiden terbabit berlaku ketika mesyuarat pegawai Eropah.

"Kita perlu memikirkan mengenai undang-undang. Bagaimana kita boleh mengubah tindakan orang ramai dan apa yang kita boleh lakukan bagi menamatkan semua gangguan seksual itu," katanya.

Wallstrom, menyandang jawatan Menteri Luar sejak 2014, diberi mandat oleh Perdana Menteri Stefan Lovfen untuk meneruskan gerakan diplomasi feminis sekali gus menggesa hak serta kebebasan wanita dihormati di peringkat hubungan antarabangsa.

Pada 2015, hubungan diplomatik Sweden dan Arab Saudi dibekukan selepas Wallstrom menuduh negara itu mengamalkan kuku besi khususnya aspek layanan terhadap wanita, menjurus banyak negara Barat enggan berurusan dengan mereka.

Kempen #MeToo di Twitter dan Facebook mendedahkan ribuan kisah penderaan dan gangguan seksual dilakukan lelaki, dicetuskan akibat pendedahan mangsa produser Hollywood, Harvey Weinstein. - AFP



Sumber Menteri Luar Sweden pernah kena gangguan seksual

Post a Comment

Previous Post Next Post